web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5G: DNB Terus Bincang Dengan Industri Bagi Isu Teknikal, Keselamatan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:18AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) menjelaskan bahawa perbincangan telah dan sedang berlangsung dengan syarikat telekomunikasi berhubung pelancaran 5G negara, di bawah pengawasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut DNB dalam satu kenyataan semalam, maklum balas syarikat telekomunikasi, terutamanya kesediaan mereka telah diambil kira dalam rancangan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara.

Penyedia tunggal perkhidmatan borong 5G negara itu menyatakan bahawa syarikat telah memasukkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi mengenai bidang utama berkaitan reka bentuk dan pelaksanaan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5Gnya.

“Ini adalah proses berterusan antara DNB, syarikat telekomunikasi dan pengawal selia kami (MCMC) dengan kumpulan kerja fokus berbeza untuk trek komersial, teknologi dan keselamatan siber.

“Selain itu, rangkaian 5G DNB mematuhi keperluan 3GPP, yang menetapkan standard untuk rangkaian 5G di seluruh dunia,” kata syarikat itu.

Sementara itu, dari segi keselamatan, DNB menggunakan pendekatan inisiatif strategik dalam reka bentuk, perancangan, pelaksanaan dan operasi.

Kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan yang dilaporkan dalam media tempatan, memetik sumber industri, bahawa tiada syarikat telekomunikasi telah menandatangani sebarang perjanjian dengan DNB untuk akses borong 5G kerana syarikat itu masih belum memenuhi semua keperluan teknikal dan keselamatan yang diminta oleh syarikat telekomunikasi.

DNB juga menjelaskan bahawa draf Tawaran Akses Rujukan (RAO) untuk perkhidmatan borong 5G telah dikemukakan kepada MCMC dan syarikat telekomunikasi September lepas bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan DNB dan memberikan maklum balas.

RAO adalah syarat komersial dan bukan komersial standard bagi perkhidmatan borong 5G akan disediakan secara telus dan tanpa diskriminasi kepada mana-mana entiti berlesen yang memerlukan akses kepada perkhidmatan 5G.

Menurut kenyataan itu, RAO akan menjadi asas bagi DNB untuk memeterai perjanjian komersial yang muktamad dan DNB menjangka dapat memuktamadkan RAOnya pada akhir November selepas kelulusan MCMC.

“Selepas ini, DNB akan dapat memuktamadkan rundingan komersial dengan syarikat telekomunikasi.

“DNB telah memberikan penerangan perkhidmatan yang jelas kepada industri mengenai penyediaan akses borong untuk jalur lebar mudah alih untuk 5G, juga dikenali sebagai Jalur Lebar Mudah Alih Dipertingkat (eMBB),” katanya.

Ini adalah perkhidmatan borong utama yang pertama yang DNB akan tawarkan kepada syarikat telekomunikasi, tersedia mulai Disember 2021 manakala penerangan perkhidmatan eMBB yang komprehensif adalah sebahagian daripada dokumen RAO, yang dikongsi dengan industri pada September lepas.

DNB mengulangi yang syarikat komited untuk memastikan harga borong 5G mampu milik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori