web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkhidmatan 5G Kepada Rakyat Tidak Akan Membebankan - Annuar Musa

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Nov 2021 4:17PM

Annuar (kanan) ketika majlis Pelaksanaan Rangkaian Teras Pelbagai Operator 5G di Ibu Sawat Telekom Malaysia Jalan Kuantan, Titiwangsa hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G kerana kerajaan telah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan telah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna.

“Disebabkan itu, kita telah berusaha mencari modul perkhidmatan yang cost-effective dengan model 5G Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration yang dikendalikan DNB.

“Ini kerana jika setiap syarikat telekomunikasi membuat infrastruktur sendiri, ia akan mengakibatkan implikasi terhadap kos pelaksanaan dan ini menjadi less efficient (harga tidak mampu milik) kepada pengguna.

“Justeru, dengan model MOCN yang dikendalikan DNB itu, perkhidmatan 5G tidak menggunakan konsep ‘different operators different infrastructures’, sebaliknya menekankan tentang ‘one single owner’ supaya perkhidmatan diberi lebih efisien dan dapat mengurangkan kos harga,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Pembentangan dan Demonstrasi 5G MOCN Integration oleh DNB di Telekom Malaysia Titiwangsa di sini, hari ini.

Annuar menambah dengan model MOCN itu juga, kerajaan berharap dapat menjadikan Malaysia sebagai satu daripada negara peneraju bagi perkhidmatan rangkaian 5G dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Ini penting kepada kerajaan kerana sebahagian daripada perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah bergantung kepada keupayaan kita menyediakan 5G.

“Malah dalam menyediakan kemudahan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memainkan peranan sebagai badan pengawal selia supaya tiada pihak perlu risau akan isu ketelusan dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu lagi, seperti mana terkandung dalam pelan tindakan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), DNB diberikan tempoh sebelum akhir tahun ini untuk melaksanakan perkhidmatan 5G ke kawasan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur terlebih dahulu.

”Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun ini pula, kita jangka untuk menjangkau kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara. Ini satu agenda nasional yang sangat penting kerana akan menjadi game changer (pencetus perubahan) kepada aktiviti ekonomi di seluruh negara,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori