web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Beri Impak Ekonomi, Sektor Pelancongan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 12:56PM

Peruntukan sebanyak RM60 juta untuk promosi dan pelancongan domestik seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022, memberi harapan untuk Sarawak mempercepatkan pemulihan COVID-19. - Gambar fail Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak mengalu-alukan Bajet 2022 yang mengutamakan rakyat, merangkumi sebahagian besar aspek penting dalam pemulihan pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk memulihkan ekonomi tempatan, termasuk pelancongan yang merupakan antara penyumbang kepada ekonomi sebelum penularan wabak COVID-19.

Abdul Karim Rahman Hamzah
Abdul Karim Rahman Hamzah

Menurut beliau, peruntukan RM 600 juta untuk sektor pelancongan di bawah pembiayaan pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Skim Pemulihan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) itu amat dialu-alukan oleh pemain industri. 

"Ia akan menyumbang kepada pemulihan ke tahap yang dikehendaki. 

"Pengecualian cukai bagi mereka yang menyertai acara dan aktiviti berkaitan pelancongan juga akan melonjakkan aktiviti pelancongan di peringkat antarabangsa," katanya hari ini.

Beliau berkata, peruntukan RM60 juta untuk promosi dan pelancongan domestik itu memberi harapan untuk Sarawak mempercepatkan pemulihan COVID-19.

Fazruddin Abdul Rahman
Fazruddin Abdul Rahman

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Tupong, Fazruddin Abdul Rahman menyambut baik pengumuman kerajaan Persekutuan untuk memberikan diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam bermula 1 November hingga 30 April 2022.

Katanya, dengan inisiatif itu, ia dapat memupuk budaya membayar hutang PTPTN dalam kalangan peminjam dan juga dapat memastikan dana sentiasa berterusan untuk peminjam baharu pada masa akan datang.

"Saya juga berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan kepada negeri Sarawak," katanya.

Beliau berkata, peruntukan itu antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan. 

"Diharap agar komitmen kerajaan Persekutuan untuk membangunkan negeri ini berterusan dan lebih banyak peruntukkan dapat diberikan untuk projek-projek pembangunan pada masa hadapan," ujarnya.- Getaran, 29 Oktober 2021

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori