web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Penjawat Awam Terima Durian Runtuh

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 8:07PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua 1.3 juta penjawat awam dengan gred 56 ke bawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan bernilai RM700.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata, bantuan itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada rakyat, terutama ketika negara berdepan tempoh mencabar akibat dilanda pandemik COVID-19.

Katanya, seramai satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

“Kedua-dua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.3 bilion.

“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet bertemakan keluarga Malaysia Makmur Sejahtera itu membabitkan dana keseluruhan sebanyak 332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet sebelumnya.

Zafrul berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari bagi menghargai pengorbanan penjawat awam, terutama barisan hadapan yang tetap komited bertugas dan tidak berpeluang bercuti untuk menangani krisis COVID-19.

Kerajaan, jelasnya, akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal gentian cuti rehat (GCR) sehingga 50 peratus atau 80 hari dengan mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.

“Pemberian bayaran insentif juga akan dilaksanakan sebanyak RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang bertugas di 24 institusi kebajikan.

“Ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terbabit secara langsung dalam perkhidmatan menjaga serta merawat penghuni warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit mental,” katanya.

Mengulas lanjut inisiatif diberikan kerajaan kepada penjawat awam, Tengku Zafrul mengumumkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM365 juta untuk meningkatkan kebajikan penjawat awam, antaranya menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah.

Pada masa sama beliau berkata, kadar bayaran insentif pengawasan banduan akan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan yang bakal memanfaatkan lebih 14,000 pegawai penjara, termasuk 775 pegawai kader di institusi penjara terbabit dalam tugas pengawasan banduan.

Menurut Tengku Zafrul, Elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) turut ditingkatkan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai, manakala daripada RM6 kepada RM8 sejam bagi anggota dan kenaikan itu bakal memanfaatkan hampir 10,000 PVR.

“Inisiatif Perlindungan Kemalangan Diri juga diteruskan sehingga RM100 untuk manfaat 40,000 peminjam baharu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Skop perlindungan ini akan diperluas dengan penambahan tiga jenis perlindungan baharu merangkumi hilang upaya separa, sebahagian dan kekal, badal haji serta perbelanjaan pemulihan kecederaan disebabkan kemalangan.

“Kerajaan turut menurunkan kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar untuk penjawat awam daripada empat kepada dua peratus,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori