Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Tumpu Pemerkasaan Wanita

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:18PM

Dianggarkan 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta bagi memperkasa Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (D11).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Bahagian D11 juga akan menerima 100 penjawatan baharu selain peruntukan khas itu.

“Kita harus akui pada tangan suri kita, tersemat keringat yang menghayun buaian, memupuk dan sama menyumbang kepada kehidupan.

“Namun, kadangkala ada pula tangan-tangan lain yang tidak mengerti perjuangan seorang ibu, isteri, dan puteri sehingga tergamak berkelakuan tidak manusiawi. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Perkara itu diumumkan pada sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Negara, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA juga akan dilaksanakan.

“Kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

“Aspek kesihatan dan kebersihan diri remaja wanita amat penting dalam mengurangkan sebarang risiko kesihatan dan keciciran di sekolah. Dianggarkan 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

“Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja wanita golongan B40,” katanya.

Jelas beliau, peruntukan lebih RM11 juta turut disediakan sebagai subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.

Bagi mengiktiraf peranan wanita, Tengku Zafrul berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

Katanya, cadangan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar manakala 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

“Insentif dalam bentuk bantuan asas modal perniagaan akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.

“Seramai 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal akan meraih manfaat daripada program ini,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM30 juta untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan kerajaan bagi menambah baik sistem sokongan sedia ada buat kaum ibu berkerjaya terutamanya di hospital dan universiti awam.

“Kerajaan juga menggalakkan majikan sektor swasta untuk pengaturan kerja fleksibel serta menyediakan kemudahan taska di pejabat.

“Untuk itu, selain insentif cukai, kerajaan akan meminda garis panduan bagi membenarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.

“Ini sebagai mengiktiraf wanita berkerjaya yang menguruskan anak-anak mereka ketika waktu bekerja,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 tahun yang lalu

Raikan Hari Wanita Antarabangsa Dengan Kotak Hadiah Eksklusif

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pemerkasaan Wanita PRN Melaka Hanya ‘Sembang’ Kosong

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Bajet 2022: Di Manakah Moratorium Buat Rakyat?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekerja Kontrak Terus Berdepan Sistem ‘Perhambaan Moden’ - JPKK

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Usahawan 1 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad