web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TNB Perkukuh Peranan Dalam PPN

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 11:39AM

Datuk Seri Hasan Arifin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkukuhkan peranannya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi peruntukan RM43 juta bagi program TNB Reskilling Malaysia, yang diperkenalkan akhir tahun lalu untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja teknikal.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, sejumlah RM186 juta telah diperuntukkan TNB dalam inisiatif tersebut bagi mengurangkan kadar pengangguran negara, juga sebagai tambahan kepada peruntukan RM143 juta oleh TNB sejak 2011, khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“TNB menerusi institusi latihan teknikalnya, ILSAS menyasarkan untuk melatih semula 17,500 tenaga kerja yang terkesan akibat COVID-19 sehingga 2024.

“Sejak program ini diperkenalkan Oktober tahun lalu, ILSAS berjaya melatih dan membuat padanan pekerjaan 2,376 individu di 268 syarikat berkaitan,” katanya di sini.

Jelas beliau, inisiatif ini dijangka menyumbang peningkatan sehingga 6.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui kesan berganda dalam ekonomi, yang nilainya boleh mencapai sehingga RM82 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Katanya, TNB Reskilling Malaysia dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia yang turut membantu menampung baki kos program berjumlah RM38 juta.

TNB Reskilling Malaysia dan TNB Protégé dilaksanakan bagi membantu menggerakkan pemulihan ekonomi negara akibat pandemik COVID-19.

“TNB juga telah melatih 5,477 pelatih Protégé, iaitu ‘Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs’ sejak 2011 dengan peruntukan sebanyak RM143 juta,” katanya.

Hasan berkata, 2,633 pelatih telah mendapat pekerjaan dalam masa 6 bulan setelah tamat latihan.

“Bagi skim latihan Protégé terbaharu, seramai 1,000 pelatih akan menjalani latihan mereka selama 12 bulan di TNB,” ujarnya. - Getaran, 23 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori