web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


CGS-CIMB Sokong Tawaran Pengambilalihan Saham Oleh Felda

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2021 3:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - CGS-CIMB menyokong pemegang saham FGV Holdings Bhd menerima tawaran pengambilalihan saham oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Firma pembrokeran itu berkata pada masa lalu, harga saham syarikat perladangan itu mendapat rangsangan daripada laporan media kemungkinan tawaran pengambilalihan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang membawa kepada jangkaan saham itu boleh dinilai semula hampir kepada nilai saksamanya pada masa itu

“Bagaimanapun, berikutan perkembangan terkini dan penguasaan lebih 50 peratus Felda dalam FGV, tawaran saingan bagi FGV tidak dijangkakan. 

Apungan bebas FGV juga akan turun selepas tawaran pengambilalihan. Oleh itu, kami cenderung menjangka tawaran itu diterima memandangkan peningkatan terhad paras harga semasa dan mengambil kira risiko,” kata CGS-CIMB dalam satu nota penyelidikan hari ini. 

Pada 22 Jan, penasihat bebas RHB Investment Bank berkata harga RM1.30 sesaham itu “tidak adil tetapi berpatutan” tetapi mengesyorkan pemegang saham FGV menerima tawaran itu. 

Bagaimanapun, Bernama melaporkan pengarah tidak berkepentingan FGV menasihati pemegang saham menolak tawaran itu. Mereka berkata, antara lainnya, harga tawaran berada di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM4.55 sesaham dan kualiti aset perladangan FGV telah bertambah baik dengan ketara sejak IPO.

CGS-CIMB berkata nasihat yang bercanggah itu berkemungkinan disebabkan jangkaan berbeza terhadap prestasi harga saham FGV selepas tempoh tawaran berakhir. 

Menurutnya, pengarah bebas FGV mungkin percaya harga saham akan meningkat susulan harga minyak sawit mentah dan profil usia estet yang bertambah baik.  

RHB Investment Bank berkata cadangan itu tidak adil kerana RM1.30 yang ditawarkan adalah rendah dan merupakan diskaun 8.5 peratus hingga 18.8 peratus berbanding jajaran anggaran nilai sesaham FGV yang  diperoleh menggunakan kaedah penilaian SOP antara RM1.42 dan RM1.60.

CGS-CIMB mengekalkan saranan “pegang” bagi saham FGV dan harga sasaran RM1.30 bagi mencerminkan harga tawaran pengambilalihan. - Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Terpedaya Tawaran Tender Pajak Ladang, Pengarah Syarikat Kelapa Sawit Rugi RM1.03 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pekebun Di Mersing Resah Tanaman Sawit Musnah Diserang Gajah

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Eksport Minyak, Produk Sawit Ke China Dijangka Melonjak Tahun Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mahu Beraya, 57 Mat Rempit Serah Diri Selepas Sembunyi Dalam Kebun Sawit

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori