Berita Terkini

16 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Program EP, Tawar Peluang Pada Kakitangan Pos Tambah Pendapatan

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 12:33PM

EP menyusun barang sebelum penghantaran dijalankan - Gambar dari Pos Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kakitangan Pos Malaysia Bhd disediakan peluang untuk menambah pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan.  

Ini dicapai melalui Program Keusahawanan atau Entrepreneurship Programme (EP) syarikat itu, di mana kakitangan penghantaran dapat menjadi rakan perniagaan bagi penghantaran bungkusan serta mel.

Sejak Januari 2021, seramai 798 rakan kongsi penghantar berkhidmat dengan Pos Malaysia menerusi EP dan mampu menjana sebanyak RM7,000 hingga RM8,000 dalam bentuk komisyen setiap bulan, berbanding gaji tetap mereka yang kurang daripada RM2,500 sebelum menyertai program berkenaan.

EP adalah sebahagian daripada pelan transformasi lima tahun Pos Malaysia, bertujuan untuk menawarkan peluang pendapatan baharu untuk kakitangannya serta memainkan peranan penting dalam peningkatan kapasiti penghantaran, terutamanya ketika dalam tempoh normal baharu pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Pos, Mohamed Rozaidi Md Sharif, langkah memperkenalkan EP sebagai program rakan kongsi penghantaran adalah juga sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk memberi peluang kepada kakitangan B40 agar dapat mencapai taraf kehidupan yang lebih baik.

Program EP juga sejajar dengan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menyediakan peluang pekerjaan dan kemahiran semula bagi rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan B40, untuk membantu dalam pemulihan ekonomi negara.

"EP ini bertujuan menyediakan peluang untuk petugas penghantaran kami untuk menjadi usahawan serta ejen penghantaran bebas. Ini membolehkan mereka memiliki perniagaan sendiri dan menjana pendapatan yang lebih baik,” beliau memberitahu Bernama baru-baru ini, sambil menambah, semua petugas penghantaran dan kurier layak menyertai program tersebut.

Beliau berkata, pada masa ini seramai 18,500 orang kakitangan Pos Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM2,500, yang meletakkan mereka dalam kumpulan B40.

Pos Malaysia melaksanakan program perintis EP di pusat Pos Laju Shah Alam dan Kuala Lumpur pada November 2019. Program perintis itu berjaya menarik 19 orang petugas penghantaran Pos Malaysia menyertai program berkenaan.

Seramai 789 EP berkhidmat dengan Pos Malaysia setakat Januari 2021 - Gambar dari Pos Malaysia
Seramai 789 EP berkhidmat dengan Pos Malaysia setakat Januari 2021 - Gambar dari Pos Malaysia

Dengan kejayaan projek perintis itu, Pos Malaysia seterusnya melaksanakan fasa kedua EP dengan mengambil tambahan 11 pekerja penghantaran yang berpangkalan di pusat Pos Laju Bandar Baru Bangi dan Wangsa Maju.

"Kadar bukti penghantaran Pos Malaysia juga meningkat kepada lebih 95 peratus. Ini adalah amat baik untuk syarikat dalam jangka panjang kerana ia meningkatkan paras keyakinan pelanggan menerusi peningkatan kecekapan dan kebolehpercayaan. 

"Setakat Januari 2021, seramai 798 rakan kongsi penghantaran bekerja rapat dengan Pos Malaysia menerusi EP," kata Mohamed Rozaidi.

Menurut Mohamed Rozaidi,  sama seperti inisiatif Pos Rider yang dibuka kepada bukan kakitangan, rakan kongsi EP boleh menyimpan 100 peratus komisyen yang mereka perolehi bagi setiap bungkusan yang mereka hantar.

"Bagi memastikan kejayaan dan kelestarian EP, Pos Malaysia menyediakan bantuan yang perlu untuk peserta, termasuk pelan modal permulaan perniagaan dan pemilikan kenderaan. 

"Rakan kongsi penghantaran ditawarkan diskaun untuk pembelian kenderaan penghantaran Pos Malaysia seperti van dan motosikal untuk perniagaan mereka.” 

Kursus keusahawanan percuma juga diadakan untuk peserta EP bagi membolehkan mereka mempelajari asas mengendalikan perniagaan dan bagaimana untuk memaksimumkan peluang menerusi program ini.

"Jumlah bungkusan dijamin bagi usahawan EP supaya mereka memperolehi pendapatan yang konsisten, " tambahnya. 

Mohamed Rozaidi berkata kakitangan penghantaran yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Unit Penyumberan Luar Penghantaran atau mengisi borang Google Form Permohonan EP atas talian.

Beliau berkata semua pemohon perlu melalui proses saringan “bagi memastikan rakan kongsi penghantaran kami memenuhi keperluan serta standard kualiti.

“Mereka juga perlu dapat menyesuaikan diri dalam operasi penghantaran dan tidak berada di bawah tempoh percubaan atau disiasat untuk salah laku atau berhadapan dengan tindakan disiplin.”

Menurut Mohamed Rozaidi, perlaksanaan EP juga tepat pada masanya iaitu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 apabila jumlah bungkusan melambung tinggi, membuatkan Pos Malaysia terpaksa bergantung kepada rakan kongsi penghantaran untuk mengendalikan penghantaran

"Sewaktu PKP 1.0, Pos Malaysia memproses purata 487,000 bungkusan setiap hari, dengan yang tertinggi 800,000 bungkusan sehari. Sepanjang pelaksanaan PKP 2.0 dan ketika perayaan Tahun Baharu Cina, jumlah bungkusan telah meningkat melebihi 800,000 bungkusan sehari,” katanya. 

Mohamed Rozaidi berkata, rakan kongsi penghantaran EP memainkan peranan penting untuk membantu Pos Malaysia menangani lonjakan jumlah bungkusan serta membantu syarikat menghantar lebih banyak bungkusan daripada biasa dengan lebih pantas dan cekap.

"Keadaan ini membolehkan kami mengendalikan kenaikan jumlah bungkusan yang tidak dijangka dan dalam masa yang sama dapat menguruskan kos kecekapan, " tambahnya. 

Menurut beliau, EP akan dapat membantu meningkatkan kemampuan Pos Malaysia dalam mengendalikan jumlah bungkusan yang lebih tinggi pada masa depan dan membantu mengurangkan kos penghantaran sejuta bungkusan sehari, yang menjadi matlamat syarikat untuk dicapai pada penghujung tahun 2021.

"Peningkatan e-dagang memerlukan kemampuan penghantaran yang lebih besar. Memandangkan pelanggan bergantung kepadanya untuk pembelian runcit, penghantaran pantas menjadi tuntutan serta keperluan pelanggan yang semakin gemar membeli-belah dalam talian.

"Dengan jumlah kurier yang juga menunjukkan peningkatan, kami perlu mempunyai rangkaian penghantaran kurier yang dinamik serta fleksibel, dan EP membantu kami dalam hal ini, " katanya.

“Pada masa ini, EP boleh didapati di semua negeri  dan kami merancang untuk memperluaskan program ini ke seluruh bandar utama di Malaysia dan matlamat kami adalah untuk mengambil sehingga 2,000 orang usahawan posmen di bawah program ini menjelang penghujung tahun ini, " tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan