web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Perodua Januari-September 2021, Susut 17.87 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 4:06PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjual 119,093 kenderaan antara Januari dan September 2021, menyusut 17.87 peratus berbanding 145,012 bagi tempoh yang sama tahun 2020.

Bagi perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot sebanyak 44.6 peratus kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September daripada 39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan berkata suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90 peratus populasi orang dewasa Malaysia.

Penghantaran kenderaan Perodua terus bertambah baik untuk tiga bulan berturut-turut dengan sebanyak 102 peratus kepada 14,160 unit pada bulan September daripada 6,988 unit pada bulan Ogos apabila situasi bekalan bertambah baik secara beransur-ansur, jelas syarikat itu.

"Rangkaian bekalan automotif telah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya.

'Kami akan terus berusaha bersama-sama para pembekal dan pengedar kami untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti,” tambah Zainal. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori