web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hup Seng Hentikan Sebahagian Operasi Kilang Di Johor Untuk Tangani COVID-19

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 4:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unit pengeluaran biskut Hup Seng Industries Bhd telah menghentikan sementara operasi tertentu di kilangnya di Batu Pahat, Johor, untuk menjalankan pembasmian kuman COVID-19.

Syarikat itu berkata anak syarikat milik penuh Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd telah menerima notis daripada Kementerian Kesihatan untuk menghentikan sebahagian operasinya dari 4.15 petang pada 5 September hingga 11 September, 2021, untuk pembasmian kuman dan sanitasi di kawasan yang terjejas.

“Syarikat memberi kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan dan mengambil langkah-langkah mitigasi untuk membendung penularan COVID-19 di premis-premis terbabit, demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pekerja kami,” kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hup Seng berkata penutupan sementara sebahagian operasi Hup Seng Perusahaan tidak memberi kesan material terhadap jadual pengeluaran dan penghantaran barangan kepada pelanggan tempatan dan luar negara.

Syarikat itu berkata pihaknya juga tidak menjangkakan sebarang kesan material terhadap prestasi kewangannya selain kos yang ditanggung untuk ujian COVID-19 dan kos pembasmian kuman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori