Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pengerusi PETRA Group, Vinod Terima Anugerah 'Person Of The Year Award'

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 4:52PM

Vinod Sekhar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi PETRA Group, Datuk (Dr) Vinod Sekhar telah menerima anugerah “Person of the Year Award” oleh majalah AsiaOne sebagai pengiktirafan di atas sumbangannya dalam perniagaan dan masyarakat.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan hasrat agar anugerah berkenaan akan menjadi inspirasi kepada komuniti perniagaan untuk beroperasi dalam keadaan berbeza dengan berdepan cabaran baru yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

Melihat bagaimana pandemik ini telah menjejaskan pasaran global, beliau turut mengulangi gesaan kepada perniagaan untuk memfokus kepada pertumbuhan mapan yang menyokong masyarakat dan tidak hanya menumpu kepada keuntungan semata-mata.

“Saya berharap agar anugerah ini akan memberikan inspirasi kepada pemimpin ekonomi dan perniagaan untuk menjalankan perniagaan dalam keadaan berbeza. Pandemik ini telah menunjukkan kelemahan dalam masyarakat kita, struktur ekonomi dan program sosial kita,'' katanya.

Bercakap kepada The Vibes, beliau yang berusia 53 tahun mengakui bahawa kesihatannya tidak seperti sebelum ini tetapi anugerah “Person of the Year Award” telah memberikan insentif kepadanya untuk berkhidmat kepada masyarakat dan kepentingan perniagaannya sebaik mungkin.

Anak kepada mendiang Tan Sri B.C. Sekhar, yang merupakan pemain utama dalam membangunkan industri kelapa sawit dan getah Malaysia, turut menyuarakan hasrat agar beliau akan dihormati dan dikenang seperti bapanya, terutama oleh dua anaknya iaitu Petra serta Tara.

''Saya mempunyai masalah jantung dan kebanyakannya akan berkata kritikal. Ia beroperasi 20%. Jadi, semua yang saya ada kini adalah legasi. Apakah yang akan dikenang mengenai saya? Adakah saya melakukan perbezaan yang sebenarnya? Adakah anak-anak saya akan berasa bangga dengan saya, seperti mana saya (bangga) terhadap ayah saya?

''Jadi, anugerah ini memberikan tenaga untuk membolehkan saya mencapai lebih banyak dan berada di kedudukan itu. Ia masih satu perjalanan yang panjang,'' kata Vinod.

Bagaimanapun, Vinod mengakui, beliau tidak sempurna dan ada kalanya gagal dalam beberapa usaha tetapi ia tidak pernah menghalang niatnya untuk terus memperbaiki kehidupan masyarakat sekitarnya.

''Saya sering berusaha menggunakan kekuatan saya untuk menolong orang lain. Ia kadang-kadang berjaya dan ada kalanya saya gagal. Tetapi bagi saya kuncinya adalah sentiasa berusaha. Kita tidak akan selalu dapat melakukannya dengan betul kerana tidak ada di antara kita yang sempurna. Tetapi kita mesti terus berusaha, ” tegas taikun itu.

Selain itu, beliau memberitahu, anugerah berkenaan bukan hanya sebagai pengiktirafan kepada usahanya, tetapi juga penghargaan kepada rakan-rakan dalam PETRA Group dan usaha mereka untuk mengejar kapitalisme sosial - istilah yang diciptakan oleh Vinod sendiri untuk menggambarkan syarikat yang memfokus untuk 'mengangkat' semua orang ketika menjana keuntungan.

Selama dua dekad di bawah kepemimpinannya, Vinod telah memastikan bahawa syarikatnya dapat membantu mewujudkan Malaysia yang memberi manfaat kepada semua, bukan beberapa.

Ketika ditanya mengenai kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh pengkritiknya pada masa lalu, beliau menyifatkan ia sebagai tidak penting.

Anugerah Person of The Year Award 2020-2021 disampaikan kepada Vinod ketika Asia-Africa Business and Social Forum yang mengiktiraf Asia, Asia Barat dan Afrika sebagai rantau yang berpotensi menjadi 'pasaran paling berkuasa dan enjin pertumbuhan dunia dalam dekad seterusnya'.

Antara anugerah yang disampaikan ialah COVID-19 Commitment Award 2020-2021, Knight of Honour Award, Global Leaders of the Year Award, Greatest Brands and Leaders Award, Women Empowerment Principal Leadership Award, Most Influential Young Leader Award, dan The Fastest Growing Brands and Leaders Award.

Selain Vinod, mereka yang turut menerima anugerah ialah Ho Ching (ketua Temasek Holdings dan juga isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong) serta jutawan Afrika, Aliko Dangote.

Vinod Sekhar adalah rakyat Malaysia pertama menerima anugerah AsiaOne itu. - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM