Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Serba Dinamik Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas KLSE Screener

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah memulakan tindakan undang-undang ke atas pemilik dan operator KLSE Screener.

Mereka telah memperoleh injunksi ad interim terhadap dakwaan penerbitan komen palsu dan fitnah yang disiarkan menerusi akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO kumpulan itu.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata akaun pengguna dengan nama “Datuk Mohd Karim” itu telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com sehingga mewujudkan spekulasi yang tidak diingini berhubung saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik Datuk Mohamed Ilyas berkata injunksi itu telah diperoleh syarikat dan CEO kumpulan itu terhadap Lim Kai Yang yang menjadi pemilik dan operator KLSE Screener.

Menurutnya injunksi interim itu akan menghalang KLSE Screener daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau membenarkan sebarang penerbitan komen palsu oleh mana-mana akaun yang menyamar sebagai Mohd Karim atau Serba Dinamik.

“Syarikat ini menyifatkan penyamaran dan penerbitan komen palsu sedemikian sebagai kesalahan serius terhadap syarikat dan CEO. Komen palsu ini telah menimbulkan spekulasi yang tidak diingini ke atas Serba Dinamik yang mengancam dan memusnahkan nama baik dan reputasi syarikat serta Mohd Karim,” katanya.

Mohamed Ilyas berkata Serba Dinamik juga akan terus memantau beberapa platform lain dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil terhadap platform berkenaan apabila tiba masanya sekiranya mereka menerbitkan artikel palsu dan fitnah ke atas syarikat. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM