web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


The Biblio Press Mahu Terjemah Karya-Karya Besar Dunia

The Biblio Press merasakan perlunya karya-karya tersohor dunia ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan dijual pada harga mampu milik.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini hakikat yang perlu kita fahami. Tak semua orang beruntung mempunyai kebolehan memahami dan membaca karya besar dunia.

Jika berkesempatan untuk membeli terjemahan, selalunya ia diterbitkan dalam edisi mewah, berkulit tebal dan semestinya harganya akan jauh lebih mahal. 

Bagi mengisi ompong ini, sebuah penerbitan tempatan, The Biblio Press merasakan perlunya karya-karya tersohor dunia ini dikongsi dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.

Ia kemudian dijual pada harga mampu milik agar inti idea dan pemikiran penting ini dapat dituangkan ke dalam pemahaman masyarakat. 

Apa yang menarik, idea mewujudkan rumah penerbitan ini bermula dengan minat dan cinta pemilik The Biblio Press, Kiridaren Jayakumar terhadap dunia buku.

Sejak kecil lagi, Kiri begitu minat membaca dan mempunyai hobi menulis ulasan setiap buku yang dibaca. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjual buku dan terpaksa berlapar sekiranya stok bukunya tidak terjual.

Pemilik The Biblio Press, Kiridaren Jayakumar bersama Dr. Maszlee Malik
Pemilik The Biblio Press, Kiridaren Jayakumar bersama Dr. Maszlee Malik

“Dunia buku Malaysia perlu berkembang seperti dunia penerbitan dan buku Indonesia. Di sana, banyak buku falsafah agung dunia diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Sebab itulah jumlah karya terjemahan mereka lebih meriah. 

“Maka sasaran saya, The Biblio Press akan dapat menerbitkan seribu karya terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia. Dengan menterjemah buku berkualiti dari luar negara ke dalam Bahasa Melayu, ia akan melahirkan masyarakat yang lebih berkaliber dan dapat memperkayakan idea, khususnya untuk para penulis muda,” tambahnya.

Bercakap lebih lanjut tentang proses penterjemahan ialah Shamsul Amin selaku pengurus penerbitan The Biblio Press. Menurutnya, karya-karya ini dipilih berdasarkan kepada judul antarabangsa yang sudah tidak mempunyai hak cipta atau berada dalam public domain seperti The Art of War, The Prince dan The Little Prince.

Pengurus Penerbitan The Biblio Press, Shamsul Amin
Pengurus Penerbitan The Biblio Press, Shamsul Amin

“Proses penterjemahan bergantung kepada judul buku dan penterjemah. Biasanya kami akan mengambil masa dua bulan untuk kerja-kerja penterjemahan. Manakala, kami memerlukan dua bulan lagi untuk kerja-kerja penyuntingan dan sebagainya. 

“Sejak pandemik, proses pencetakan agak terjejas memandangkan banyak kilang cetak buku sudah tutup. Walaupun proses ini sedikit terjejas, namun ia bukanlah masalah yang besar buat kami,” ceritanya. 

Antara buku terbitan The Biblio Press
Antara buku terbitan The Biblio Press

Tambahnya lagi, sepanjang menguruskan The Biblio Press, buku yang mengambil masa paling lama untuk diterjemah adalah The Little Prince kerana mereka harus merujuk beberapa edisi terjemahan buku ini termasuklah dalam Bahasa Inggeris dan Perancis bagi mendapatkan terjemahan yang tepat.

“Tambahan lagi, proses untuk menyesuaikan kandungan buku ini dengan pasaran tempatan tak mudah. Kami juga mengambil berat tentang ilustrasi berkualiti memandangkan kami menerbitkannya dalam warna penuh,” ceritanya.

Pada masa akan datang, The Biblio Press bercadang akan meluaskan sayap terjemahan kepada buku-buku yang bukan public domain

“Kami bercadang untuk menterjemah buku-buku bahasa Inggeris tempatan dan juga buku-buku berkualiti terkini yang pernah tersenarai dalam The New York Times,” ujarnya. 

The Biblio Press memiliki kedai buku fizikal iaitu The Bibliophile Bookstore yang menjual buku terjemahan mereka serta penerbitan lain. Anda boleh pergi ke kedai mereka di alamat G22, Menara Mutiara Majestic, Jalan Othman, 46000 Petaling Jaya, Selangor. - Getaran, 12 Ogos 2021

Gambar: Shamsul Amin

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN