web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penulis Malaysia Kukuhkan Kedudukan Di Shanghai, Daryl Yeap Singkap Kisah Wanita Hebat

Budaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2026 10:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penulis Malaysia, Daryl Yeap, terus mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa, apabila buku keduanya diterjemahkan dan diterbitkan di Shanghai, China, baru-baru ini.

Penerbitan oleh Universiti Fudan, sebuah institusi pendidikan terkemuka China itu meletakkan beliau sebaris dengan segelintir rakyat Malaysia yang berjaya menembusi penerbitan akademik di China. 

Karya tersebut mengangkat kisah benar serta perjalanan hidup dua anak perempuan dan isteri kepada Oei Tiong Ham, tokoh perniagaan yang dikenali sebagai “Rockefeller dari Timur”.

Diterbitkan dalam bahasa Mandarin dengan judul On Equal Footing: The Legendary Women of the Indonesian Sugar King Family, buku ini merupakan adaptasi daripada karya asal beliau dalam bahasa Inggeris, As Equals.

Ia menyoroti kehidupan wanita-wanita Cina yang bukan sahaja terikat dengan kekangan jantina, malah turut berdepan diskriminasi kaum yang ketara, serta usaha mereka dalam mengatasi kedua-dua bentuk penindasan tersebut.

Ida, seorang daripada anak perempuan itu, telah berkahwin dengan anak lelaki Yeap Chor Ee, seorang hartawan Pulau Pinang yang berjaya atas usahanya sendiri serta pengasas bank tempatan pertama di Malaysia, Ban Hin Lee (kini digabungkan dengan CIMB). 

Daryl Yeap merupakan cicit kepada Ida.

Penerbitan karya ini turut mencerminkan jaringan sejarah merentasi sempadan negara, melibatkan Malaysia, Singapura, Indonesia, China dan Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga wanita berkenaan berkongsi satu persamaan iaitu kesemuanya adalah individu moden yang berdikari, berpendidikan tinggi serta mempunyai pendirian tersendiri.

Sebagai contoh, Ida merupakan antara wanita terawal pada zamannya yang mempelajari penerbangan pesawat.

Tokoh utama dalam naratif ini ialah Oei Huilan, anak perempuan kedua Oei Tiong Ham. Beliau merupakan isteri kepada Wellington Koo, diplomat pertama Republik China, serta dikenali sebagai wanita Cina pertama yang mengemudi pesawat dan pernah mendapat liputan dalam The New York Times.

Terjemahan buku ini diusahakan profesor sejarah di Universiti Fudan, Shanghai, Chen Yan.

Menurut Yeap, ketiga-tiga kisah itu secara keseluruhannya mengetengahkan naratif yang kuat mengenai ketidaksamaan.

"Mereka berusaha membebaskan diri daripada kekangan norma sosial serta memutuskan hubungan dengan masa lalu, demi mencapai layanan yang sama rata,” katanya. 

Penerbitan terbabit bukan sahaja mengisi jurang dalam bidang kajian Cina di luar negara, malah membuka ruang kepada pembaca untuk menilai semula peranan wanita dalam sejarah. 

Dalam arus sejarah yang panjang, tokoh-tokoh wanita yang sebelum ini dipinggirkan kini semakin diketengahkan, dan bukan lagi sekadar pelengkap kepada individu yang setara.

Majlis pelancaran buku terbitan Fudan University Press itu berlangsung baru-baru ini di Perpustakaan Yangpu, antara perpustakaan terbesar dan paling moden di Shanghai.

Majlis tersebut dihadiri oleh pelajar, ahli akademik serta tetamu jemputan, termasuk Datuk Stephen Yeap iaitu bapa kepada penulis, Pengerusi Yeap Chor Ee Trust, Datin Seri Irene Yeap serta kakaknya, Datin Dr Winy Sekhar bersama suami, Datuk Dr Vinod Sekhar. — Getaran, 31 Mac 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Budaya 13 jam yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

Selepas mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, Yazmin bakal membuat persembahan di salah satu festival kebudayaan terbesar Mongolia hasil jemputan peribadi darip...

oleh Sophia Ahmad