web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Karya Kartunis Bendi Atas Sampul Duit Raya

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 12:37PM

Kartunis Bendi bersama-sama sampul duit raya yang dihasilkan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.

Bendi, 50, berkata cadangan dari rakan-rakan mencetuskan idea kepadanya untuk menghasilkan produk itu yang dijual melalui tempahan menerusi laman sosial sejak awal Ramadan lalu.

"Saya hanya jual mengikut tempahan selepas mengiklankan melalui Facebook saya. Alhamdulilah, sambutan amat menggalakkan dari penggemar karya kartun dan komik," katanya ketika ditemui di bengkelnya di sini.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu menerima tempahan lebih 400 set sampul raya yang mengandungi 20 keping setiap set dan diiual dengan harga RM15 setiap set. 

Katanya, dia juga menguruskan sendiri pengeposan kepada pelanggan di luar daerah dan negeri Perak.

Bendi yang memulakan karier melukis kartun bersama Majalah Gelagat pada 1994 turut menghasilkan karya yang dicetak di atas bekas pensil selain mengambil tempahan membuat iklan produk melalui lukisan komik, cetakan di atas kemeja-T, cawan dan cenderamata.

Anak jati Bagan Datuk yang terkenal dengan kartun semuka 'Anak Bapak' itu juga masih menyumbang karya sebagai pelukis bebas untuk majalah komik terkenal negara, Ujang yang disertainya sejak 1997.

"Dunia komik dah banyak berubah, sekarang ramai dah beralih kepada pembacaan digital tetapi tidak dinafikan masih ada peminat yang gemar membaca komik fizikal, buktinya saya masih boleh berkarya dan Majalah Ujang masih hidup sehingga kini walaupun jualan tidak serancak dahulu," katanya. 

Menurutnya, perubahan tersebut banyak dipengaruhi kenaikan kos bahan seperti kertas, kos mencetak dan populariti manga dan anime.

Bagaimanapun, katanya, bagi mereka yang minat melukis, bidang itu masih menjanjikan rezeki dan pendapatan berbaloi jika diusahakan secara bersungguh-sungguh. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang