web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenali 'Kulaan' Banjar Di Bagan Serai

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:10AM

Ahli Majlis Yang Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia, Jamaludin Asaari menunjukkan batik sasirangan kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat Banjar untuk membuat 'laung' atau tanjak, topi, baju, dan beg tangan ketika ditemuramah di kediamannya di Kampung Masjid Tinggi di sini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Persaudaraan atau 'kulaan' yang erat dan masih kuat mengamalkan sebahagian tradisi masyarakat, membuatkan ukhuwah etnik Banjar yang mendiami bahagian utara negeri Perak kekal utuh seperti adik-beradik.

Ahli Majlis Yang Dipertua Pertubuhan Banjar Malaysia, Jamaludin Asaari, 67, berkata, bagi memastikan adat tradisi masyarakat Banjar terus segar, pelbagai program kebudayaan dijalankan pertubuhan itu yang mempunyai kira-kira 8,000 ahli berdaftar di seluruh negara.

"Kita buat macam-macam program sama ada tarian, nyanyian dan sebagainya. Apa yang dilakukan juga semata-mata untuk mengeratkan hubungan yang terjalin antara satu sama lain.

"Selain itu, program yang diadakan juga turut diperluas ke peringkat antarabangsa... pihak persatuan turut mengadakan kunjungan ke Indonesia iaitu di Banjarmasin, Riau, Sulawesi dan Surabaya bagi mengukuhkan hubungan sesama etnik Banjar di luar negara," katanya ketika ditemui BERNAMA di kediamannya di Jalan Banjar di sini, baru-baru ini.

Menyingkap kedatangan kaum Banjar ke Perak, Jamaludin yang juga Pengerusi Bubuhan Banjar Perak (BBP) berkata, Banjar adalah penduduk yang berasal dari Kalimantan Selatan.

Beliau berkata, penghijrahan etnik ini secara besar-besaran ke Tanah Melayu termasuk di Kerian, berlaku pada awal 1900-an menggunakan jalan laut, sungai dan juga darat.

"Penghijrahan ini turut tertumpu di kawasan penanaman padi kerana di situlah terletaknya kepakaran mereka yang membuatkan mereka dikenali dengan istilah 'di mana ada padi, di situ ada Banjar'," katanya.

Justeru, katanya, kepakaran dalam bidang penanaman padi juga menjadi punca utama sebahagian besar etnik Banjar di Malaysia mendiami daerah Kerian dan kepakaran itu dilihat sebagai antara faktor luaran yang membantu orang ramai mengetahui mengenai etnik berkenaan dengan lebih dekat.

Jamaludin berkata, lebih separuh daripada etnik Banjar yang tinggal di Bagan Serai datangnya daripada susur galur suku Kalua yang banyak mendiami kawasan seperti di Tanjung Piandang, Selinsing, Parit Buntar dan Bagan Serai.

Bapa tujuh cahaya mata itu berkata, ada juga kaum Banjar yang datangnya daripada subetnik Martapura, Barabai dan Alai dan setiap daripada subetnik ini juga mempunyai dialek yang berbeza-beza.

Mengulas mengenai amalan tradisi etnik berkenaan, anak jati kelahiran Bagan Serai itu menjelaskan adat seperti 'bapukong' adalah antara kaedah unik yang masih digunakan masyarakat Banjar untuk menidurkan bayi dalam lingkungan usia lima bulan hingga setahun.

"Bayi itu diletakkan di dalam buaian sarung dalam keadaan seolah-olah duduk dan satu kain lagi digunakan untuk melilit bahagian leher bayi itu agar dapat duduk dengan tegak. Dengan cara itu, bayi akan tidur nyenyak," katanya.

Selain itu, bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gerdu itu berkata, pada era 60-an hingga pertengahan 80-an, masyarakat Banjar amat mementingkan hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan iaitu ibu bapa biasanya memilih pasangan anak mereka daripada kalangan saudara-mara terdekat.

"Tujuan mereka buat sebegini adalah untuk mengelakkan harta dan wang ringgit yang menjadi milik keluarga terlepas ke tangan orang luar," katanya.

Bercerita mengenai juadah tradisional, Jamaludin berkata, antara yang cukup sinonim satu ketika dahulu dengan etnik Banjar adalah 'ikan wadik' dan 'mandai'.

"Ikan wadik ini ialah sejenis pekasam yang boleh disimpan bertahun-tahun, selain ada juadah yang dinamakan mandai iaitu kulit cempedak dijerukkan terlebih dahulu sebelum dimakan," katanya dan menambah kuih 'kalatar', 'vadai kiping' dan balungan ayam juga adalah juadah tradisional Banjar yang terkenal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Sorotan

1

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

3

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

4

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

5

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

6

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad