web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Beranak Teruskan Tradisi Pembuatan Kavadi Bulu Merak

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 4:18PM

Kavadi bulu merak atau 'Mayil Kavadi' terkenal dalam kalangan penganut Hindu yang menunaikan nazar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada hari Thaipusam, penganut Hindu berpakaian warna kuning dan mencalit badan mereka dengan abu suci, membawa kavadi sambil menjunjung belanga mengandungi susu berjalan menuju ke kuil sambil menahan kesakitan bagi menunaikan nazar mereka.

Dalam bahasa Tamil, kavadi bermaksud beban atau memikul berat di bahu sebagai tanda pengorbanan dan penghormatan kepada dewa Hindu, Dewa Murugan kerana nazar dimakbulkan.

Meskipun terdapat berbagai-bagai jenis kavadi, pembuat kavadi K. Selvaraja berazam untuk hanya menghasilkan kavadi daripada bulu burung merak atau “Mayil Kavadi" sebagai simbol memelihara tradisi memandangkan burung berkenaan dikatakan suci kerana ditunggang Dewa Murugan.

Selvaraja, 54, berkata kecintaannya terhadap pembuatan kavadi bulu merak tidak pernah luput sejak mempelajari seni berkenaan daripadanya mendiang bapanya kira-kira 25 tahun lepas dan kini diwarisi oleh dua anak lelakinya, S. Teenesh, 27, and S. Satish Raj, 25.

Pembuat kavadi K. Selvaraja bersama seorang daripada anaknya yang turut sama meneruskan tradisi masyarakat India menghasilkan kavadi bulu merak. - gambar BERNAMA
Pembuat kavadi K. Selvaraja bersama seorang daripada anaknya yang turut sama meneruskan tradisi masyarakat India menghasilkan kavadi bulu merak. - gambar BERNAMA

“Sejak dari dahulu, saya hanya menghasilkan kavadi merak kerana kavadi asli dihasilkan daripada bulu merak selain bulu merak lebih cantik dan semula jadi.

"Kebanyakan kavadi saya disewa oleh penganut yang mahu menunaikan nazar di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor memandangkan kavadi bulu merak sangat terkenal di kuil berkenaan untuk Thaipusam setiap tahun sejak dahulu lagi," katanya kepada Bernama.

Kavadi dihasilkan ketiga-tiga beranak berkenaan mendapat permintaan tinggi setiap tahun, malah turut menerima tempahan daripada luar negara termasuk Afrika Selatan dan Mauritius.

Sementara itu, Satish Raj berkata untuk menjadikan kavadi bulu merak kelihatan lebih menarik terutama pada waktu malam, mereka menghiasnya dengan diod pemancar cahaya (LED).

"Kami mendapatkan LED dan bulu merak dari India. Lazimnya, kami menggunakan 1,000 hingga 3,000 helai bulu merak bagi menghasilkan sebuah kavadi dan kira-kira 10,000 helai bulu merak bagi tujuh kavadi," katanya.

Bulu merak diperolehi dari India. - gambar BERNAMA
Bulu merak diperolehi dari India. - gambar BERNAMA
Antara corak menarik yang digunakan ketika menghasilkan kavadi bulu merak. - gambar BERNAMA
Antara corak menarik yang digunakan ketika menghasilkan kavadi bulu merak. - gambar BERNAMA

Menurut Satish Raj, bagi tahun ini, setiap kavadi disewakan pada harga sekitar RM800 hingga RM1,300 bergantung kepada saiz dan reka bentuknya.

Selain kavadi merak, terdapat juga "Paal Kavadi" (menjunjung belanga berisi susu lembu), "Panneer Kavadi" (membawa air suci dan air mawar), “Karambu Kavadi" (dibawa oleh ibu bapa yang dikurniakan anak dengan meletakkan bayi mereka di dalam kain kuning dan diikat pada tebu lalu diusung ke kuil untuk menyatakan terima kasih mereka) serta "Pushpa Kavadi" (kavadi bunga).

Thaipusam disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia setiap tahun pada bulan Thai dalam kalendar Tamil untuk memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan 'vel' atau lembing kepada anak lelakinya, Dewa Murugan sebagai penjelmaan 'shakti' atau kuasanya bagi menghapuskan kuasa jahat Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan.

Selain Batu Caves, Thaipusam yang jatuh pada 25 Januari tahun ini turut disambut secara besar-besaran di Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani, Pulau Pinang dan Kuil Arul Subramaniar yang terletak di kawasan batu kapur Gunung Cheruh di lpoh, Perak. - BERNAMA

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 10 jam yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 3 jam yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.