web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


170 Peserta Termasuk Singapura, Indonesia Sertai Festival Jong Di Pontian

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 1:48PM

Pengerusi Kelab Jong Pontian, Mohd Tahir Abdul Hamid menunjukkan jong yang belum siap sepenuhnya ketika diperkenalkan pada program Kembara Mahkota Johor 2023 di Taman Rekreasi Rambah hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Seramai 170 peserta termasuk dari Singapura dan Indonesia mengambil bahagian dalam Festival Jong Antarabangsa Pontian (FJAP) 2023 yang bermula 21 Ogos lalu hingga hari ini. 

Pengerusi Kelab Jong Pontian, Mohd Tahir Abdul Hamid berkata seramai 100 peminat permainan kapal layar jong tempatan menyertai festival tersebut, manakala bakinya dari dua negara jiran itu.

Beliau berkata Malaysia tampil sebagai tuan rumah FJAP buat kali kedua di lokasi yang sama seperti tahun lalu iaitu di pesisir pantai Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di sini.

Mohd Tahir Abdul Hamid menunjukkan jong yang belum siap sepenuhnya ketika diperkenalkan pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 baru-baru ini. gambar BERNAMA
Mohd Tahir Abdul Hamid menunjukkan jong yang belum siap sepenuhnya ketika diperkenalkan pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 baru-baru ini. gambar BERNAMA

“Sebanyak 146 buah jong pelbagai corak dan warna dipamerkan kali ini. Sebenarnya permainan ini hanya dimainkan di empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, tetapi tiada penyertaan dari Brunei kali ini.

“Sepatutnya festival ini diadakan pada 16 Sept depan bersempena dengan Hari Malaysia tetapi kita cepatkan memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian FJAP 2023 oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan di Dataran Majlis Perbandaran Pontian, di sini, semalam

Mohd Tahir berkata edisi festival itu selepas ini akan berlangsung di Tanjung Piai, di sini, September tahun hadapan.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berharap supaya FJAP dapat menjadi tarikan pelancongan baharu di daerah tersebut, selain Taman Negara Tanjung Piai yang sudah dikenali sebagai penghujung benua Asia.

“FJAP perlu dijadikan acara tahunan kerana ia akan membantu Pontian terus mendapat perhatian pelancong,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN