web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banksy Pamer Karya Seni Baharu Di Bangunan Musnah Akibat Perang Di Ukraine

Banksy yang kekal tanpa dikenali walaupun sudah berkarya hampir dua dekad, terkenal kerana hasil seni dengan mesej sosiopolitik.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 10:50AM

Banksy tidak jelaskan banyak kapsyen untuk karya seni baharu itu, namun melabelkan lokasinya di bandar Borodyanka - terletak kira-kira 35 batu barat laut Kyiv - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis jalanan terkenal Banksy melancarkan karya seni baharunya di Ukraine yang distensil di sisi bangunan yang rosak akibat terkena tembakan.

Menurut United Press International (UPI), karya itu yang disiarkan di akaun Instagram Banksy, memaparkan pandangan sisi figura manusia yang berdiri menggunakan tangan (handstand) di atas timbunan runtuhan dengan rambut diikat ke belakang menjadi sanggul pada stensil hitam putih dengan tandatangannya.

Banksy tidak jelaskan banyak kapsyen untuk karya seni baharu itu, namun melabelkan lokasinya di bandar Borodyanka -- terletak kira-kira 35 batu barat laut Kyiv. Ia adalah antara bandar pertama yang menyaksikan serangan udara Rusia selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan itu pada Februari.

Penyiaran itu seolah-olah mengesahkan laporan bahawa artis itu -- yang lukisannya telah dijual dengan harga berpuluh-puluh juta dolar -- berada di Ukraine selepas mural lain yang kelihatan dibuat mengikut gayanya dikesan muncul di seluruh negara yang dilanda perang itu.

UPI juga melaporkan bahawa dalam karya seni lain, yang masih belum dituntut oleh Banksy, seorang budak lelaki boleh dilihat membalikkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Putin dalam perlawanan judo.

Banksy yang kekal tanpa dikenali walaupun sudah berkarya hampir dua dekad, terkenal kerana hasil seni dengan mesej sosiopolitik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Cedera Dalam Kejadian Tembakan Semasa Berkempen

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Maut Ditembak Di Puchong Prima

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Laporan Krisis Ukraine, Pengangguran Di AS Menang Hadiah Pulitzer

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 9 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...