web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKRJK Bakal Bina Galeri Kesultanan Melayu Jembal Bernilai RM4 Juta

Galeri itu akan menempatkan tinggalan sejarah dan monumen warisan berkaitan Raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan pada abad ke-17.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 6:48PM

Antara artifak bersejarah warisan Raja Jembal yang dianggap unik dan tidak dapat diperoleh dari tempat lain, dipamerkan sempena Seminar Sejarah Kesultanan Melayu Jembal Kelantan di Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) bakal membina sebuah galeri Kesultanan Melayu Jembal bernilai RM4 juta di Kota Bharu tidak lama lagi.

Yang Dipertua PKRJK Nik Yusuf Nik Mohammad berkata galeri itu akan menempatkan tinggalan sejarah dan monumen warisan berkaitan Raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan pada abad ke-17.

"Kita juga akan memastikan segala maklumat sejarah dan pemerintahan Raja Jembal selama 95 tahun dari 1638 hingga 1733 dapat dipamerkan untuk pengetahuan serta penghayatan generasi sekarang dan akan datang.

"Kami juga telah kemukakan cadangan mengenai galeri ini kepada Perbadanan Muzium Negeri serta kerajaan negeri dan Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah telah bersetuju meluluskan pembinaannya," kata beliau kepada pemberita pada Seminar Sejarah Kesultanan Melayu Jembal Kelantan di Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang semalam.

Mengulas lanjut, Nik Yusuf berkata pihaknya juga sedang giat mengumpul dana bagi merealisasikan pembinaan galeri itu dan berharap lebih ramai orang awam akan memberi sumbangan.

"Sumbangan ini boleh disalurkan terus kepada Galeri Kesultanan Jembal menerusi akaun Maybank bernombor 5531 3101 4539," katanya sambil menambah setakat ini, PKRJK mempunyai lebih 5,000 ahli berdaftar di seluruh negara. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN