web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Art With Heart RHB Ketengah Artis Tempatan Daripada Komuniti OKU

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 9:40AM

Gambar dari Facebook RHB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - RHB Bank Bhd menampilkan artis muda tempatan terutama daripada komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dalam edisi keempat Pameran Art with Heart (AwH).

Pengarah Urusan Kumpulan RHB Mohd Rashid Mohamad berkata pameran itu, yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Bangsar di sini bermula hari ini hingga 11 September, akan menampilkan lebih 130 karya seni oleh 53 artis muda dengan tujuh daripada mereka adalah autistik manakala tujuh lagi OKU penglihatan.

Beliau berkata pameran AwH kali ini bertema ‘Rising Together’ memandangkan dua tahun kebelakangan ini adalah masa yang amat mencabar bagi semua rakyat Malaysia dan artis tempatan yang terpaksa bergelut untuk menjual karya mereka semasa pandemik COVID-19.

Gambar dari Facebook RHB
Gambar dari Facebook RHB

“Hasil seni mereka merakamkan semangat solidariti, belas ihsan dan kepelbagaian rakyat Malaysia.

“Ia menjadi lebih bermakna kerana pameran ini berbetulan dengan Hari Amal Antarabangsa dan membawa kepada sambutan Hari Malaysia kita pada 16 Sept,” katanya pada Previu Khas Pameran AwH di sini semalam.

Mohd Rashid juga berkata selain menyediakan platform untuk artis tempatan mempamer dan menjual karya mereka, AwH turut diadakan bagi membantu golongan kurang bernasib baik terutama komuniti B40 kerana 20 peratus daripada kutipan akan disalurkan kepada inisiatif kebajikan melalui Yayasan RHB.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan RHB Norazzah Sulaiman berkata beliau berpuas hati kerana artis OKU diberi peluang mempamerkan “bakat menakjubkan” mereka.

“Kami mendapati mereka amat teliti dalam lukisan mereka. Mereka menggunakan seni sebagai platform untuk meluahkan perasaan dan emosi mereka. Oleh itu, marilah kita raikan kepelbagaian, keinklusifan dan kesamarataan,” katanya.

Gambar dari Facebook RHB
Gambar dari Facebook RHB

Maryam Zhafira Anuar, 10, yang dilahirkan dengan Sindrom Down, adalah antara artis muda yang mempamerkan karya seninya di sini hari ini dan apa yang menarik, beliau berjaya menjual dua daripada tiga hasil seni dengan harga RM1,500 serta RM2,600.

Ibunya, Sharifah Sarah Syed Mohamed Tahir berkata menjadi OKU bukanlah satu halangan buat Maryam Zhafira dan telah dibuktikan bahawa selagi kanak-kanak OKU diberikan sokongan yang sewajarnya, mereka mampu melakukan sesuatu dengan baik serta yakin dengan diri sendiri.

“Kami berharap ibu bapa lain tidak akan berasa kecewa dengan diagnosis anak mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN