web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teater Moyang Salleh Diubah Tarikh dan Tempat Pementasan

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 8:57PM

‘Moyang Salleh’ akan dipentaskan di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS) pada 23 hingga 25 September ini. - Gambar dari Facebook Muzikal Moyang Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pementasan Teater Muzikal ‘Moyang Salleh’ yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 26 hingga 31 Ogos di Istana Budaya di sini, diubah tarikh dan lokasi pementasannya.

Penerbitnya Siti Salbiah Zahari berkata sebaliknya ia akan dipentaskan pada 23 hingga 25 September di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS).

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Karyawan Negeri Sembilan berkata pementasan di Istana Budaya itu tidak dapat dilaksanakan berikutan penajaan pihak produksi yang tidak mencukupi bagi menampung kos produksi.

“Kepada yang telah membeli tiket dan ingin membatalkan pembelian, boleh menghubungi 011-13297822 (Ilassoticket.com) dan 018-2755981 (Urus setia) untuk keterangan lanjut. Mereka yang ingin terus menonton, boleh dibawa ke hadapan untuk tarikh baharu persembahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau memohon maaf atas kesulitan serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat Teater Muzikal Moyang Salleh yang menantikan persembahan berkenaan serta semua yang menyokong industri seni dan budaya tanah air.

Teater ‘Moyang Salleh’ memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu satu ketika dahulu yang dihasilkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...