Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Pesara Pilih Seni Decoupage Tambah Pendapatan

Budaya Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 12:00PM

Saedah menunjukkan produk kraf seni decoupage yang dihasilkannya ketika ditemui Bernama pada Kembara RIUH Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: RIUH NAU! di Dataran Pahlawan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Minat yang mendalam terhadap seni “decoupage” sejak lebih 30 tahun lepas akhirnya dapat direalisasikan sebagai salah satu sumber pendapatan buat pesara, Saedah Jeragan, 63, yang kini aktif dalam industri seni kreatif itu kira-kira empat tahun lepas.

Saedah yang menghasilkan pelbagai produk kraf menggunakan tisu khas yang diimport dari Jerman itu berkata produk seni “decoupage” kini mendapat permintaan yang tinggi dan sesuai dijadikan sebagai cenderamata dan barangan perhiasan rumah yang terdiri daripada mangkuk tingkat, tudung saji, kotak tisu dan botol air dan beg.

Usahawan kecil dan sederhana yang menggunakan platform Facebook dan Instagram di bawah nama ‘tiaraartcraft’ itu berkata seni “decoupage” adalah teknik gunting dan tampal (lekat) menggunakan tisu pelbagai corak dan warna pada pelbagai permukaan seperti plastik, kain, besi, kayu dan porcelain.

“Saya memang minat pada seni ‘decoupage’ ini sejak muda namun disebabkan komitmen pada keluarga dan juga kerja hakiki sebagai penjawat awam, hasrat untuk serius dalam bidang kraf terpaksa saya lupakan.

“Namun Alhamdulillah selepas bersara empat tahun lepas, saya tidak berlengah lagi untuk serius menghasilkan pelbagai produk kraf dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan selain mengisi masa lapang dan mengembangkan bakat serta kreativiti seni dalam diri saya ini,” katanya ketika ditemui Bernama pada Kembara RIUH Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: RIUH NAU! di Dataran Pahlawan di sini pada Sabtu.

Ibu kepada empat anak itu berkata seni “decoupage” juga boleh dijadikan salah satu terapi buat dirinya selain meningkatkan fokus kerana penghasilan produk menggunakan teknik seni itu memerlukan ketelitian bagi mendapatkan hasil yang cantik dan sempurna.

Beliau berkata justeru harga bagi sesuatu produk kraf seni “decoupage” adalah berpatutan dengan kreativiti serta kualitinya dan produk yang dihasilkannya dijual pada harga antara RM15 hingga RM150 mengikut jenis produk dan saiz.

“Secara purata, saya mampu menjana pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan namun pendapatan berkenaan mampu mencecah hingga RM5,000 sekiranya mendapat tempahan yang banyak untuk program tertentu dan jika diusahakan secara lebih serius,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, golongan muda, suri rumah atau ibu tunggal turut digalakkan menceburi bidang seni “decoupage” dalam usaha meningkatkan pendapatan bulanan mereka atau menjadikan industri itu sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Katanya kerajaan khususnya menerusi Kraftangan Malaysia sering memberi bimbingan dan menyediakan pelbagai platform promosi untuk membantu usahawan sepertinya mengetengahkan produk mereka.

“Banyak sebenarnya ruang dan peluang yang kerajaan sediakan menerusi pelbagai agensi ... jadi kita sebagai usahawan perlu cepat dan pandai untuk memanfaatkannya,” katanya.

Usahawan dari Ayer Keroh itu berkata beliau turut menawarkan kelas seni “decoupage” kepada mereka yang berminat untuk mempelajari seni berkenaan yang memerlukan teknik yang betul untuk menampal tisu “decoupage” pada barangan atau produk pilihan mereka.

“Dahulu, susah untuk mendapatkan ilmu tentang teknik atau perkembangan seni decoupage ini, namun kini semuanya di hujung jari ... menerusi YouTube, Kumpulan WhatsApp.

“Namun saya bersedia membantu mereka yang ingin belajar tentang teknik ini secara serius,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

oleh Wafa Aula

Selebriti 6 jam yang lalu

Hakim Syarie Nasihat Farid Kamil - Diana Berdamai

Hakim turut memerintahkan pasangan itu melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei ini untuk mengetahui laporan jawatan...

Selebriti 1 hari yang lalu

“Asalkan Dia Gembira,” Gigi Hadid Tiada Masalah Hubungan Cinta Zayn Malik Dan Selena Gomez

Menurut sumber terdekat Gigi Hadid, model itu sangat memberi galakan untuk Zayn bertemu cinta yang baharu asalkan bekas kumpulan One Direction itu gembira serta...

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

Avaa Vanja Hasilkan Planner Ramadan Dalam Bentuk PDF Secara Percuma, Anggap Ia Saham Akhirat

oleh Ellyna Ali