web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kayu Terpakai Jana Ekonomi Sambalandcheese

Antara produk yang dihasilkan ialah perabot seperti almari pakaian, meja makan, bingkai cermin serta perhiasan dinding dan produk tersebut dihasilkan mengikut cita rasa atau rekaan pelanggan.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 10:01AM

Mohammad Farris Che Abdul Aziz (kanan) membantu peserta bengkel pembuatan produk kayu Jaimie Yeow Yi Wen (kiri) mengendalikan mesin pemotong bagi menyiapkan produk perhiasan dinding - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menggunakan kayu terpakai dikutip dari rumah lama yang telah roboh memberi kelainan kepada hasil produk kayu baharu ‘Sambalandcheese’ yang diasaskan oleh warga Malaysia dan Perancis sejak sembilan tahun lepas.

Samsul Kamar Abdul Rahman, 35, yang menerajui perniagaan itu bersama pengasas tempatan iaitu Mohammad Farris Che Abdul Aziz, 35, berkata mereka berkecimpung dalam industri pembuatan kayu terpakai itu bertujuan mengurangkan penggunaan kayu baharu selain ia mudah diperoleh.

Beliau berkata antara produk yang dihasilkan ialah perabot seperti almari pakaian, meja makan, bingkai cermin serta perhiasan dinding, dan produk tersebut dihasilkan mengikut citarasa atau rekaan pelanggan di bengkel kecil mereka yang terletak di Banda Hilir, Melaka

"Keistimewaan produk kayu Sambalandcheese ialah kami menghasilkan produk baharu menggunakan kayu terpakai dan kami mengekalkan warna atau corak asli kayu terpakai berkenaan sekali gus memberikan daya penarik kepada produk tersebut.

"Kayu terpakai yang digunakan kebanyakannya masih dalam keadaan elok dan utuh selain mempunyai warna asli yang tidak memerlukan kemasan akhir yang terlalu rumit...cukup hanya dengan sapuan lekar," katanya kepada Bernama pada Kembara RIUH Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: RIUH NAU! di Dataran Pahlawan, Melaka, semalam.

Beliau berkata produk kayu menggunakan kayu terpakai mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat tempatan dan pelancong asing terutama dari Perancis, Singapura dan Thailand.

Katanya, platform utama promosi serta jualan produk mereka adalah secara bersemuka atau dalam talian menerusi Instagram Sambalandcheese dan tempoh bagi menghasilkan sesuatu produk berkenaan bergantung kepada rekaan diminta pelanggan.

Mengulas tentang penyertaan Sambalandcheese pada Kembara RIUH Keluarga Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, Samsul Kamar berkata ia bertujuan memperkenalkan produk mereka selain membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan produk kayu rekaan bermula daripada proses rekaan sehingga kemasan akhir.

Beliau berkata peserta bengkel hanya perlu membayar RM50 sebagai yuran penyertaan dan mereka boleh membawa pulang hasil kerja kayu tersebut iaitu perhiasan dinding sebagai kenangan.

"Di sini, peserta akan diajar dan dibantu menggunakan gergaji atau mesin pemotong selain berpeluang memilih atau mereka sendiri rekaan yang ingin dihasilkan. Rata-rata peserta dapat menghasilkan produk kayu mereka dalam tempoh dua hingga empat jam.

"Kita juga berharap peserta bengkel dapat meningkatkan keberanian atau keyakinan mereka dalam menghasilkan sesuatu produk kayu kerana ia memerlukan fokus yang tinggi terutama ketika menggunakan mesin pemotong atau gergaji," katanya.

Sementara itu, peserta bengkel Jaimie Yeow Yi Wen, 20, dari Bukit Beruang di sini berkata beliau teruja menyertai bengkel pembuatan produk kayu berkenaan untuk merasai pengalaman mengendalikan mesin pemotong selain ingin menghasilkan produk kraf kayunya sendiri.

"Saya tahu tentang bengkel ini daripada Instagram...rasa seronok bila dapat hasilkan sendiri produk kayu kerana saya memang minat barangan kraf," katanya yang bercita-cita menjadi seorang arkitek.

Beliau berkata bengkel seumpama itu perlu dianjurkan dengan kerap agar lebih ramai dapat mempelajarinya selain memupuk golongan muda untuk terlibat dalam bidang kraf. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN