Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


RIUH NAU! Melaka Sasar 20,000 Pengunjung, Platform Bangkitkan Semula Industri Kreatif

Program RIUH yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, telah melebarkan sayap ke Ayer Hitam, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah tahun ini.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 9:41AM

Kembara RIUH Keluarga Malaysia edisi ketiga iaitu ‘RIUH NAU!’ yang bermula semalam hingga 7 Ogos di Dataran Pahlawan, Melaka - Gambar Instagram @riuhinthecity

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung ke Kembara RIUH Keluarga Malaysia edisi ketiga iaitu ‘RIUH NAU!’ yang bermula semalam hingga 7 Ogos di Dataran Pahlawan, Melaka.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menyemarakkan semula industri seni dan budaya kreatif ketika fasa peralihan ke endemik, memandangkan pentingnya industri ini dalam pembangunan negara.

"Kembara RIUH Keluarga Malaysia ke seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) merupakan platform penyampaian maklumat mengenai inisiatif kerajaan dalam memacu industri ini.

"Selain menggerakkan para penggiat seni untuk menjana pendapatan daripada hasil seni kreatif dan secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi negara, ia juga menunjukkan kerajaan komited dalam mengiktiraf industri kreatif sebagai salah satu industri strategik yang berimpak tinggi dan diberi tumpuan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)," katanya dalam kenyataan malam semalam.

Jelasnya usaha membangunkan ekosistem kreatif tempatan dilaksanakan segera melalui jalinan strategik yang menggabungkan pencipta jenama, usahawan kreatif dan artis dengan komuniti setempat.

"Justeru, program RIUH yang sebelum ini hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang, telah melebarkan sayap ke Ayer Hitam, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah pada tahun ini melalui siri Kembara RIUH Keluarga Malaysia dalam usaha membantu penggiat industri seni terutama yang terjejas akibat pandemik COVID-19," katanya.

Annuar berkata kerajaan sentiasa prihatin terhadap kelangsungan industri kreatif negara, malah sejak penubuhan MyCreative pada tahun 2012 sehingga kini, bantuan kewangan berbentuk pinjaman dan geran sebanyak RM447.7 juta telah memberi manfaat kepada seramai 949 penggiat dan usahawan industri kreatif.

Selain itu katanya RM10.93 juta juga disalurkan bagi tujuan pembangunan industri kreatif yang telah membantu lebih daripada 900 penggiat dan usahawan dari pelbagai dimensi industri kreatif termasuk filem, kandungan kreatif, muzik, seni persembahan, seni visual, sastera dan seni reka yang membolehkan penggiat serta pekerja di belakang tabir menjana pendapatan.

"Potensi industri ini perlu dioptimumkan sebaik-baiknya agar hasrat Kerajaan yang menyasarkan sumbangan 20 peratus industri kreatif tempatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran RM31.9 bilion menjelang tahun 2025 dapat direalisasikan," katanya.

Annuar turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman  Md Ali dan Kerajaan Negeri Melaka selaku tuan rumah yang bekerjasama dengan pihak kementerian dalam penganjuran edisi RIUH NAU! kali ini. - Bernama

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'