web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teater 'Dara Dan Makcik Bawang', Siap-Siap Berdekah Di Melaka!

Bukan itu sahaja, pementasan yang bakal berlangsung selama tiga hari itu bakal dipentaskan barisan pelakon handalan seperti Ogy Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 6:00PM

Teater 'Dara dan Makcik Bawang' arahan Dr. Rosminah Tahir akan dipentaskan mulai esok di Kompleks JKKN Melaka - Gambar ihsan Dr. Rosminah Tahir

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja reda isu jenaka yang menyentuh topik sensitif minggu lalu, ramai juga yang tercari-cari lawak yang membina dan menggeletek hati pada masa yang sama. 

Berita baik, sebuah teater tanpa lawak menghina apa-apa bangsa dan agama bertajuk Dara & Makcik Bawang bakal dipentaskan mulai esok.

Teater arahan Dr. Rosminah Tahir itu bakal menceritakan pertembungan gaya hidup antara golongan dara dan makcik bawang.

Teater 'Dara dan Makcik Bawang' bakal menceritakan pertembungan gaya hidup antara golongan dara dan makcik bawang - Gambar ihsan Dr. Rosminah Tahir
Teater 'Dara dan Makcik Bawang' bakal menceritakan pertembungan gaya hidup antara golongan dara dan makcik bawang - Gambar ihsan Dr. Rosminah Tahir

 Ia dimulakan dengan kehadiran Makcik Aminah iaitu seorang pengusaha produk kerepek bawang. Dia kemudian diajak untuk melebarkan perniagaannya dengan menggunakan teknologi semasa. 

Untuk terbang ke arah lebih global, maka bermacamlah ragam yang dilalui Makcik Aminah dan kawan-kawannya seperti Poet, Senah, Lat dan Teh.

Bukan itu sahaja, pementasan yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula dari 22 Julai sehingga 24 Julai di Kompleks JKKN Melaka ini bakal dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Fauziah 'Ogy' Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah, Mak Wan Latah dan lain-lain. 

Sudah lama tidak beraksi di pentas teater, primadona filem Melayu Ogy Ahmad Daud berasa teruja untuk menjayakan Dara & Makcik Bawang.

Teater ini dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Fauziah 'Ogy' Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah, Mak Wan Latah dan lain-lain - Gambar ihsan Dr. Rosminah Tahir
Teater ini dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Fauziah 'Ogy' Datuk Ahmad Daud, Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah, Mak Wan Latah dan lain-lain - Gambar ihsan Dr. Rosminah Tahir

“Sudah lama saya tidak berlakon teater dan sangat teruja untuk terlibat dalam pementasan ini. Saya mendapat kepuasan dan berfikir sebagai seorang pelakon jika berada di pentas teater. 

“Kita dapat berbincang untuk proses ruang dan momen juga mencari keserasian dengan pelakon lain,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di majlis sidang media teater ini baru-baru ini.

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah pelakon Liza Abdullah yang selalu dilihat berlakon di layar kaca TV.

“Sebelum ini, saya banyak berlakon di kaca televisyen. Tapi teater adalah sesuatu yang lain kerana kita tidak boleh ulang semula kalau ada kesalahan yang dilakukan. Mujurlah saya dibantu pengarah walaupun dia garang.

“Saya berharap, ramailah yang akan berkampung di Melaka untuk menonton pementasan teater ini nanti,” selorohnya.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi talian 011-1010 5236 atau layari laman Facebook JKKN Melaka. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN