web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tunku Azizah Titah Himpun Pakar Tekstil Bagi Naik Taraf Kualiti, Rekaan

Persatuan Pencinta Tekstil Tradisional (CITRA) perlu mengambil peranan mengumpulkan pakar-pakar dalam industri itu, agar produk yang dihasilkan berkualiti seterusnya menarik minat orang ramai.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 6:01PM

Sebahagian daripada peragawati memperagakan fesyen terkini koleksi kraf tekstil tempatan pada Majlis Pelancaran Persatuan Pencinta Tekstil Tradisional (Citra) hari ini.Gambar: Muhammad Hazim Izam, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pencinta Tekstil Tradisional (CITRA) perlu mengambil peranan mengumpulkan pakar-pakar dalam industri itu, agar produk yang dihasilkan berkualiti seterusnya menarik minat orang ramai di dalam dan di luar negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berititah negara memerlukan sebuah badan, untuk memantau semua yang terlibat dalam kraftangan termasuk karyawan, penenun, pereka, dan pemasar kain tradisional, demi memperkayakan warisan tekstil tempatan.

Baginda yang juga Penaung Diraja CITRA bertitah usaha itu bertujuan memelihara dan menperkayakan warisan dan budaya tinggalan nenek moyang kita, untuk ditunjukkan kepada generasi muda masa kini dan akan datang.

“Penubuhan CITRA pada hari ini memang amat wajar sekali, kerana di negara lain telah lama mempunyai persatuan dan bergerak bersama-sama sebagai satu entiti.

“Kita lihat negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, yang membangun dan memajukan seni kraf mereka dengan berkongsi kemahiran antara satu sama lain. Saya amat terinspirasi dengan inisiatif seperti ini dan berharap Malaysia akan mengorak langkah sama,” titah baginda dalam ucapan pada majlis pelancaran CITRA, di Kuala Lumpur hari ini.

Titah ucapan perasmian Baginda dibacakan Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah.

Tunku Azizah bertitah salah satu fokus Baginda adalah menghidupkan semula Tenun Pahang, yang kini dikenali sebagai Tenun Diraja Pahang dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Kami juga telah diundang ke London Crafts Week pada Mei akan datang, yang mana Tenun Diraja Pahang akan disertakan dalam koleksi istimewa pereka terkenal dunia, Dolce Gabbana dan Manolo Blahnik,” titah baginda.

Sementara itu, Presiden CITRA Nini Marini Ramlan dalam ucapannya berkata matlamat persatuan itu adalah untuk mencipta direktori tekstil tradisional, yang bertujuan mewujudkan hubungan sekali gus dapat memperluaskan rangkaiannya.

“Kami percaya dengan pendedahan ini, ia boleh membantu meningkatkan standard tekstil kita dan menjadi inovatif dalam teknik yang dihasilkan,” katanya.

CITRA adalah cetusan idea bekas Pensyarah Tekstil Universiti Teknologi Mara (UiTM) Fatimah Ismail dan Allahyarham Profesor Sulaiman Ghani, kini mempunyai kira-kira 200 ahli yang berdaftar. - Bernama

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Had Umur 16 Tahun Untuk Guna Media Sosial Bukan Sekatan, Tapi Perlindungan - Pakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Raya

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Raja Zarith Sofiah Miliki Sifat Kepedulian Yang Tinggi Terhadap Ilmu Dan Kebajikan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN