web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarian Manora Dipersembahkan Khas Untuk Anda

Manora merupakan tradisi dramatari yang diamalkan masyarakat Siam di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 8:21AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat seni budaya warisan berpeluang menghayati tarian gemalai Manora masyarakat Siam di Kelantan yang dipersembahkan Kumpulan Manora Cit Manit Bukit Yong dari Pasir Puteh, Kelantan.

Manora juga dikenali sebagai Menora merupakan tradisi dramatari yang diamalkan oleh masyarakat Siamdi utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

 Manora berasal dari selatan Thailand dan dikenali di tanah asalnya sebagai Nora Chatri atau Nora. Persembahan Manora terdiri daripada tarian, muzik, nyanyian dan lakonan. Ia merupakan seni tradisi rakyat yang diperturunkan secara lisan. 

Bukan itu sahaja, Manora biasanya dipersembahkan sempena perayaan dan upacara di wat (tokong Buddha Siam). Ia juga dipersembahkan di majlis keramaian seperti perkahwinan dan pesta umum.

Perkataan 'manora' berasal daripada kisah Jataka dalam tradisi Buddha mengenai Manora, puteri 'kinari' (makhluk manusia-burung kayangan) yang jatuh hati kepada seorang putera manusia, Phrak Shuthon.

Kisah ini adalah asas kepada gerak tarian dalam tradisi ini di mana penari utamanya, yang digelar sebagai Pak Sitong memegang watak Phrak Shuthon dan menari untuk memikat Manora dan adik-beradik perempuan kayangannya.

Tarian Manora merangkumi gerak lengan yang terlentang dan jari-jari yang dilentikkan ke belakang, diselingkan antara gerak-geri halus dan anggun yang membayangkan burung kayangan itu.

Tarian pembukaan disusuli dengan lakonan kisah-kisah oleh penari utama, penari pengiring dan watak-watak sampingan.

Perhiasan pakaian Manora terdiri daripada mahkota yang dipanggil Kecopong (bahasa Siam: sert), kuku panjang perak Canggai (Lép), baju manik Laa (Sooi), dan ‘ekor Manora’ yang dipanggil Sayap Sandang (Harng).

Alat muzik yang mengiringi persembahan Manora terdiri daripada gong, gendang, geduk, gedumbak, canang, kesi, serunai dan cerek.

Di Kelantan, Manora telah meresapi beberapa unsur seni Kelantan khususnya Mak Yong. Pengaruh Mak Yong boleh dikesan dalam alunan muzik yang mengiringi Manora dan juga dialog yang menggunakan loghat Melayu Kelantan.

Jika berminat menyaksikan persembahan ini, anda boleh ke ruang maya Panggung Rakyat CENDANA, Neo Damansara Petaling Jaya esok (24 Disember 2021). - Getaran, 23 Disember 2021

Gambar: Instagram @cendanamalaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Semasa 5 hari yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Dagu, Leher, Perut

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN