web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Opera Serikandi Nusantara’ Dijayakan Soprano, Tenor Hebat

Opera ini dipersembahkan dalam bentuk resital vokal, koir dan piano dengan elemen ‘folklore’ Melayu dan Nusantara.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 4:59PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha membudayakan muzikal berbentuk opera dalam bahasa Melayu diteruskan menerusi persembahan Opera Serikandi Nusantara (OSN) yang mengetengahkan hasil karya ahli pemuzik bertaraf antarabangsa, Dr. Tazul Izan Tajuddin.

Bakal diadakan pada pertengahan tahun hadapan, OSN dipersembahkan dalam bentuk resital vokal, koir dan piano dengan elemen folklore Melayu dan Nusantara. 

Sesuai dengan namanya, persembahan muzikal opera ini turut menggabungkan kisah-kisah legenda puteri-puteri Melayu di alam Nusantara seperti Puteri Ulek Mayang, Puteri Cik Siti Wan Kembang, Puteri Saadong, Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, Puteri Bidasari dan Hang Li Po. 

Dalam persembahan prebiu OSN yang diadakan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur baru-baru ini, sebahagian penonton dan pihak media telah diberi kesempatan untuk menyaksikan konsep dan repertoire muzikal opera ini. 

Sebanyak 16 lagu telah dipersembahkan dan sebahagiannya dijayakan penyanyi vokal soprano, Khairunnisa Diyana, vokal mezzo-soprano, Chaing Yi Ling dan vokal tenor, Dr Phang Kong Chien dengan iringan pemain piano, Dr Bernard Tan. 

Cukup menarik sekali apabila melihat lagu-lagu opera dalam bahasa Melayu ini dipersembahkan oleh penyanyi soprano, mezzo-soprano dan tenor yang hebat dan bukan calang-calang ini. 

Antara persembahan lagu yang memberikan kesan adalah 'Lagu III: Opera Puteri Saadong', karya Tazul Izan Tajuddin, nyanyian Khairunnisa. 

Lagu ini memiliki komposisi dan susunan muzikal opera yang tradisional dan elemen dramatik yang diberikan Khairunnisa dengan vokal sopranonya itu berjaya membuatkan penonton dapat menghayatinya pada satu tahap yang lain. 

Sebuah lagi lagu menarik adalah 'Puteri Bidasari (Champa): Opera Srikandi Nusantara' juga karya Tazul Izan Tajuddin yang dipersembahkan Chaing Yi Ling. 

Dengan hanya menggunakan sebuah alat muzik tradisional Champa yang dimainkan sendiri, lagu yang cukup sukar dibawakan ini dipersembahkan dengan begitu luar biasa sekali. Apatah lagi ia perlu dibawakan dalam bahasa Champa. 

‘Carry You’ daripada My Song: Aria from Operetta Hang Li Poh karya Chan Lok Hang adalah satu-satunya lagu Mandarin yang dipersembahkan dalam muzikal opera ini. Tenor Dr. Phang Kong Chien telah membawakan lagu ini dengan begitu emosi yang begitu baik.  

Lagu ‘Puteri Bidasari (Champa)’ adalah sebahagian daripada persembahan semasa Intermission bersama lagu-lagu koir yang dijayakan oleh UiTM Chamber Choir pimpinan Dr. Masashi Kishimoto. 

Lagu-lagu rakyat Melayu seperti ‘Enjit-enjit Semut’, ‘Ulik Mayang’ dan ‘Jong Jong Inai’ versi mereka memang sungguh hebat. 

OSN adalah sebahagian daripada acara kesenian dan kebudayaan yang dimuatkan dalam program Art In The City 2021 di bawah Festival KLWKND anjuran Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) di bawah MyCreative Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama Joe Sidek Productions. - Getaran, 9 Disember 2021

Gambar: Alif Omar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN