web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diari Getaran Minggu Ini

Getaran berkongsi aneka acara yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Ada yang di lokasi dan ada dalam talian. Apa pun, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan!

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2021 6:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WVC Jazz Ensemble & Yonlynn 

Saksikan persembahan menarik Yonlynn bersama iringan pemuzik-pemuzik daripada WVC Jazz Ensemble. Mereka akan perdengarkan himpunan lagu jazz yang menarik. 

Tarikh: 2 Disember 2021 

Masa: 8.30 hingga 10.30 malam  

Lokasi: Jaotim 

Harga Tiket: RM90 

Maklumat Lanjut: www.jaotim.com   

KL Art Book Fair 2021

Dengan lebih 30 vendor berbeza yang terdiri daripada pereka bentuk, ilustrator dan penerbit, pameran ini sarat menyajikan pelbagai bakat dan karya mereka. Pastikan anda menempah tiket  lebih awal untuk mendapatkan slot kerana ia hangat bagaikan pisang goreng panas. 

Tarikh: 3 Disember - 5 Disember 2021 

Masa:  2.30 petang - 7.30 malam (Jumaat), 12.00 tengah hari - 7.30 malam (Sabtu & Ahad)

Lokasi: The Godown

Harga Tiket: Percuma (pendaftaran sahaja)

Maklumat Lanjut: klartbookfair

Riuh X Selangkah Presents Christmas Tropicola

Riuh terkenal dengan anjuran acara yang menyokong produk, jenama, kraftangan dan seni tempatan kini kembali lagi dengan acara Riuh X Selangkah Presents Christmas Tropicola. 

Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai produk tempatan dan menikmati pelbagai makanan sambil berhibur dan menyertai pelbagai bengkel menarik. 

Tarikh: 4 Disember - 5 Disember 2021 

Masa:  2.00 petang - 12.00 malam (Sabtu), 10.00 pagi - 10.00 malam (Ahad)

Lokasi: Sentul Depot

Harga Tiket: Percuma (pendaftaran sahaja)

Maklumat Lanjut: @riuhinthecity

Atas Angin Recovery Show

Ingin berhibur di hujung minggu? Apa kata, anda menonton konsert anjuran Atas Angin yang selama ini memperjuangkan muzik indie. Berlangsung di Bsync Production Kuala Lumpur, antara band indie yang akan beraksi adalah Skudap Skudap, Margasatwa, Jemson, Johny Comes Lately, Orkes  A. Hizadin dan Fugo.

Jangan lepaskan menonton persembahan hebat barisan pejuang muzik indie ini dengan menempah tiket sekarang!

Tarikh: 11 Disember 2021 

Masa: 3.00 petang - 10.00 malam

Lokasi: Bsync Production Kuala Lumpur

Harga Tiket: RM90 (termasuk ujian calitan)

Maklumat Lanjut: @atasangin.ev

Sophia Ng Recital - Yin & Yang

Sebuah persembahan yang tidak harus anda lepaskan kerana Sophia Ng bersama rakan-rakan pemuziknya iaitu Wani Ismail (violin), Gary Chong dan Andy Chong (gitar), Adriel Wong (perkusi) dan Seo Yan Yee (piano), bakal menghidangkan rangkaian lagu klasikal era Baroque serta lagu-lagu tradisi Argentina dan Brazil.  

Tarikh: 3 Disember 2021 

Masa: 8.30 hingga 10.30 malam  

Lokasi: Jaotim 

Harga Tiket: RM90 

Maklumat Lanjut: www.jaotim.com   

Rozz, Dasha and Poova - Abba

Adakah anda peminat lagu Abba seperti 'Dancing Queen', 'Mamma Mia', 'Gimme! Gimme! Gimme', 'Knowing Me', 'Knowing You' dan 'Loves Takes It All'? Jika ya, anda wajar menyaksikan persembahan tribute Rozz, Dasha dan Poova buat band dari Swedish yang pernah mencetuskan fenomena dalam arena industri muzik antarabangsa ini. 

Tarikh: 2 hingga 5 Disember 2021 

Masa: 8.00 malam hingga 10.30 malam  

Lokasi: Bobo Kl  

Harga Tiket: RM150 

Maklumat Lanjut: BoboKL

Minggu Fesyen Mercedes-Benz 2021

Minggu fesyen Mercedes-Benz Kuala Lumpur kembali lagi untuk 2021. Bertempat di KLPac, minggu fesyen ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Disember ini. Antara pereka fesyen yang bakal mementaskan koleksi terbaharu mereka ialah Khoon Hooi, Brian Khoo, Andy Sulaiman, Carven Ong, Justin Yap dan ramai lagi.

Tarikh: 1 Disember - 3 Disember 2021 

Masa: 9.00 malam - 10.30 malam  

Lokasi: KLPac

Maklumat Lanjut: www.mbfw-kl.com/ 

Pesta Buku Selangor

Kepada semua ulat buku, jangan lupa menghadiri Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam. Terdapat pelbagai aktiviti daripada beberapa penerbit terkenal Malaysia. Tentunya ada banyak potongan harga dan cabutan bertuah. 

Tarikh: 2 Disember - 12 Disember 2021

Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam

Lokasi: Pusat Konvensyen Shah Alam

Harga tiket: Percuma

Maklumat lanjut: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN