web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diari Getaran Minggu Ini

Getaran berkongsi aneka acara yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Ada yang di lokasi dan ada dalam talian. Apa pun, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan!

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 6:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLove Market

KLoé Hotel, Bukit Bintang yang terkenal dengan sokongan terhadap artis dan bakat tempatan akan menjadi tuan rumah untuk acara KLove Market yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Bilik-bilik di tingkat dua hotel ini akan diubah menjadi butik-butik jualan untuk pengalaman beli-belah baharu, sesuai dengan pematuhan SOP mencegah penyebaran COVID-19.

Direka khas oleh Traders Market, penganjuran kali ini melibatkan 17 peniaga tempatan yang menjual pelbagai barangan fesyen, kecantikan, aksesori, jenama gaya hidup dan hiasan rumah. Antaranya Lilin + Co, The Petal Archive, Concrete Dezign, Good Fat Company, Cocova, Little Arbarcas dan Antonia Ghazlan Vintage.

Tarikh: 27 dan 28 November 2021

Masa: 11.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: Level 2, KLoe Hotel, 227 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut: https://www.instagram.com/kloehotel/?hl=en

Virtual Run For A Life Christmas 2020.

Pengumuman kepada peminat acara larian, El Shaddai menganjurkan Virtual Run For A Life sempena Krismas. Anda boleh mula mendaftar sekarang untuk menyertai larian ini. Semua yuran penyertaan akan disumbangkan kepada keluarga yang mempunyai masalah kerakyatan di Malaysia. Peserta akan diberikan Kemeja-T larian eksklusif, pelitup muka, beg tot, medal larian eksklusif dan sijil penyertaan serta pelbagai lagi hadiah menarik bagi pemenang. Daftar sekarang di pautan ini

Kategori Penyertaan: 1km (Kanak-kanak)/10km/21km/42km

Yuran Penyertaan: RM20/ RM60/ RM90/ RM100

Tarikh Mendaftar: 1-30 November 2021

Tempoh Larian: 1-19 Disember 2021

Maklumat Lanjut: Facebook Running Events Malaysia

Pelancaran kedai premium thrift shop, FIFTH 

Dapatkan barangan berkualiti jenama tempatan pada harga yang sangat murah. Singgah ke kedai mereka di FIFTH di Petaling Jaya hujung minggu ini. Hadiri acara pembukaan pada Ahad ini 28 November.   

Tarikh: 28 November 2021

Masa: 1.00 petang - 7.00 petang  (Persembahan secara langsung bermula dari jam 3.30 petang)

Lokasi: 23, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300, PJ. (WAZE: FIFTH, tepi Awegallery)

Maklumat lanjut: Instagram @fifthhh__

KL Punk Rock All Night

Saksikan persembahan muzik punk rock dendangan pelbagai kumpulan seperti Tadpoles, Spooky Wet Dreams, Toxic Toy dan banyak lagi.  

Tarikh : 27 November 2021

Masa : 3.30 petang - sehingga lewat malam 

Lokasi : Atas by Bijan FX Kelana Jaya 

https: Facebook KL Punkrock All Night 

HeArts Youth Forum

Sempena pelancaran Sarah, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun akan mengadakan HeArts Youth Forum, ruang selamat untuk membincangkan dan mempelajari langkah dalam membuat perubahan di kalangan rakan sebaya dan para ahli panel profesional.

Tarikh: 27 November 2021

Masa: 2.00 petang - 3.00 petang

Lokasi: Dalam talian (platform Zoom)

Maklumat Lanjut:  https://bit.ly/RSVPHEARTS 

Rewild Malaysia

Projek terbaharu kami sudah tiba! #RewildMalaysia menampilkan tumbuhan Malaysia dengan pelbagai hadiah untuk diberikan di samping perbincangan tentang biodiversiti urban kita.

Pemberian hadiah terhad kepada 230 orang sahaja setiap Tarikh. Daftar segera di pautan Rewild Malaysia di profil mereka.

Tarikh: 28 November 2021

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 

Lokasi: Free Tree Society, Kuala Lumpur

Tiket: Masuk percuma 

Maklumat lanjut: Instagram @freetreesociety 

Telur Pecah 2021 

Pameran seni kontemporari ini memperlihatkan hasil seni oleh 50 rakyat Malaysia yang berbakat dalam bidang seni masing-masing. 

Mereka berkongsi tafsiran seni melalui pelbagai gaya individu yang unik. Seperti namanya, ‘Telur Pecah’ menampilkan barisan pelukis yang majmuk, terdiri daripada pelukis kelainan upaya kepada artisan senior negara.

Mempersembahkan hasil karya mereka, daripada yang berskala besar hingga arca halus. Ini minggu terakhir untuk anda datang menyaksikan sendiri hasil seni semua lapisan masyarakat Malaysia! 

Tarikh: 15 Oktober - 28 November 2021

Masa: 11.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: Kesana Kesini, GMBB

Tiket: Masuk percuma 

Maklumat lanjut: Instagram @gmbb.kl

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 tahun yang lalu

Diari Getaran Minggu Ini

2

Budaya 4 tahun yang lalu

Diari Getaran Minggu Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN