web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambutan Pesta Cahaya Kashika Selvam

Kashika teruja meraikan Deepavali kali ini memandangkan sanak saudara serta keluarganya berkumpul di Melaka untuk menikmatihari bahagia itu bersama-sama.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 11:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mula mencuri perhatian sejak bergelar pelakon pada usia muda menerusi rancangan terbitan Astro Cerita. Pelakon remaja Kashika Selvam disebut-sebut berpotensi besar menjadi pelapis heroin tanah air. 

Memasuki usia 13 tahun, Kashika dilihat semakin bersinar apabila bakatnya dalam bidang nyanyian mula dicungkil menerusi program rancangan nyanyian Ceria Popstar dan Ceria Megastar beberapa tahun lalu. Malah, pelakon rancangan bersiri pendidikan SMK itu dilihat rajin berkongsi aktiviti nyanyiannya di laman sosial. 

Bercerita tentang sambutan Deepavali tahun ini, Kashika lega aktiviti berkumpul dan kunjung-mengunjung telah dibenarkan kerajaan.

Masih segar di ingatannya betapa sunyi sambutan Deepavali tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat sebelum ini. 

“Sangat sunyi. Saya masih ingat Deepavali tahun lalu, saya hanya bersiap dan ambil gambar. Bayangkan kami sekeluarga sudah beli baju canti  tetapi tak boleh ke mana-mana,” katanya. 

Menurut Kashika, mereka sekeluarga teruja meraikan Deepavali kali ini memandangkan sanak saudara berkumpul di Melaka untuk menikmati hari bahagia itu bersama-sama. 

“Malam Deepavali, kami sekeluarga melakukan upacara sembahyang bagi memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang sudah pergi. 

“Bukan itu sahaja, kami juga memasang pelita yang dibuat daripada tanah liat dipanggil vilakku. Kemudian kami akan menghasilkan rangoli iaitu hiasan lantai,” katanya. 

“Wah, Kashika juga pandai buat Rangoli?” tanya penulis.

“Eh, saya tak pandai. Selalunya kakak yang buat. Saya tolong sahaja,” katanya seraya ketawa ketika dihubungi Getaran. 

Walaupun teruja menyambut Deepavali, Kashika dan keluarganya tetap berjaga-jaga dan mematuhi SOP memandangkan kes jangkitan COVID-19 masih berjumlah empat angka. 

“Kami merancang untuk pergi bercuti selepas perayaan Deepavali. Lokasi belum diputuskan tetapi rasanya berdekatan rumah," kata anak jati Melaka ini. 

Pelakon itu turut mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua pembaca Getaran dan berpesan agar selalu berwaspada bagi mengelak jangkitan COVID-19. 

“Kekal selamat ya semua,” katanya ceria menutup temu ramah.

Gambar: Instagram @kashikaselvam

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN