web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diari Getaran Minggu Ini

Getaran berkongsi aneka acara yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Ada yang di lokasi dan ada dalam talian. Apa pun, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan!

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 11:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Orkestra Tradisional Malaysia Rentak Kita

Konsert anjuran Istana Budaya ini menampilkan artis jemputan dari kalangan generasi lama dan muda yang bukan calang-calang. Selain pejuang lagu tradisional Datuk Andre Goh, konsert ini juga bakal dijayakan Siti Nordiana bersama Bob Yusof, Linda Nanuwil dan Anis Syazwani.

Tarikh: 22 dan 23 Oktober 2021

Masa: 8.30 malam

Lokasi: Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tiket: Percuma 

Maklumat lanjut: Istanabudaya.gov.my

 

Evelyn Feroza At Bobo Kuala Lumpur

Seorang lagi penyanyi berbakat Evelyn Feroza turut sama memeriahkan Bobo Kuala Lumpur dengan mendendangkan pelbagai lagu popular

Tarikh: 21 Oktober - 23 Oktober 2021

Masa: 8.00 malam

Lokasi: Bobo KL, Bangsar, Kuala Lumpur

Tiket: RM100

Maklumat lanjut: CloudTix dan Facebook Bobo KL

 

Rhythms Of Kinabalu@Online 2021

Rhythms Of Kinabalu@Online 2021 bakal menemui anda dengan menghidangkan pelbagai aktiviti kesenian negeri Sabah.

Antara pengisian program-- Konsert Rhythms Of Kinabalu, persembahan kebudayaan (tarian, nyanyian dan muzik), promosi tempat pelancongan, promosi produk dan kraftangan dan promosi makanan tradisi.

Tarikh: 23 dan 24 Oktober 2021

Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi: FB Live JKKN TV

Maklumat lanjut: Twitter JKKN

 

Azmyl Yunor - John Bangi Blues Unplugged

Azmyl Yunor seorang penyanyi dan pencipta lagu mengadakan konsert 10 lagu secara percuma dalam talian untuk mereka yang meminati muzik ‘folk’ secara unplugged. Menampilkan lagu-lagu daripada album John Bangi Blues

Tarikh: 24 Oktober 2021

Masa: 9.00 malam

Lokasi: WELS TV (YouTube)

Tiket: Percuma

Maklumat lanjut: Twitter Azmyl Yunor

 

Elvira Arul At Bobo Kuala Lumpur

Bekas juara rancangan realiti 'Mentor Otai', Elvira Arul membuat persembahan di Bobo Kuala Lumpur dengan mendendangkan pelbagai lagu popular. Nikmati kehebatan suaranya untuk beberapa malam tertentu di lokasi ini.

Tarikh: 28 Oktober - 30 Oktober 2021 

Masa: 8.00 malam

Lokasi: Bobo KL, Bangsar, Kuala Lumpur

Tiket: RM100

Maklumat lanjut: CloudTix dan Facebook BoboKL

 

Langkawi Sebelum Bebas Cukai

Hayati himpunan foto-foto yang merakamkan suasana Pulau Langkawi sebelum tahun 1980-an. Saksikan lebih banyak lagi foto-foto sebegini dalam pameran Langkawi Sebelum Bebas Cukai di Balai Seni Negara, Langkawi.

Tarikh: 16 September - 31 Oktober 2021

Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 petang 

Lokasi: Balai Seni Negara, Langkawi

Maklumat lanjut: Facebook Balai Seni Negara, Langkawi

 

Experiencing Usman Awang

Kenali hasil kerja Sasterawan Negara, Usman Awang yang diinterpretasi lewat pelbagai karya seni dan aneka bahasa termasuk tarian dan juga suntikan alunan muzik.

Tarikh: 21 Oktober - 24 Oktober 2021

Masa: 8.00 malam dan 3.00 petang (24 Oktober)

Lokasi: The Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Sentul, Kuala Lumpur

Harga tiket: RM44

Maklumat lanjut: CloudTix dan KLPac

 

Alumni Sharing Session Bersama Ruviyamin

Untuk mereka yang mahu tahu apa rasanya menjadi seorang graduan muzik yang aktif berkarya, bolehlah mengikuti acara anjuran Fakulti Muzik UiTM.

Ruviyamin Ruslan merupakan seorang komposer, pemuzik dan produser yang aktif dalam industri tanah air. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar cerita menarik dan pengalaman dari alumni Fakulti Muzik UiTM ini.

Tarikh: 26 Oktober 2021

Masa: 10.00 pagi

Lokasi: Google Meet

Maklumat lanjut: Twitter Fakulti Muzik UiTM

 

Battle Of The Bands (BOTB) 'Tak Nak Rasuah'

Pertandingan Battle of The Bands (BOTB) ‘Tak Nak Rasuah’ merupakan salah satu usaha bagi menggalakkan golongan belia menjauhi amalan rasuah. Terbuka pada yang berminat.

Pendaftaran penyertaan: Sebelum 31 Oktober 2021, jam 11.59 malam

Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran video: 31 Oktober 2021, jam 11.59 malam

Dapatkan borang penyertaan di sini.  - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN