web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDK Lenggong Perkenal Teknik Lakaran Batik Guna Tanah Liat

Teknik penggunaan tanah liat dari Sayong, Kuala Kangsar itu diperkenalkan oleh Kraftangan Malaysia sebagai satu daripada teknik membuat lakaran batik.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 8:43AM

Gambar: Ani Awang, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini mencipta sejarah apabila pertama kalinya memperkenalkan penggunaan tanah liat untuk membuat lakaran motif batik.

Guru pembimbing PDK Lenggong Asmaeyah Sihabuddin berkata teknik penggunaan tanah liat dari Sayong, Kuala Kangsar itu diperkenalkan oleh Kraftangan Malaysia sebagai satu daripada teknik membuat lakaran batik.

Beliau berkata teknik itu dilakukan dengan mould (bahan) kertas yang dilukiskan dalam bentuk kerawang dan bunga diletakkan di atas baju sebelum tanah liat ditekap dengan alat penggelek.

“Motif batik pada baju yang sudah siap ditekap itu akan dijemur hingga tanah liat menjadi kering sebelum baju batik dicelup ke dalam bahan pewarna ditetapkan dalam tempoh dua jam bagi menghasilkan sehelai baju.

“Penggunaan tanah liat lebih selamat berbanding dengan penggunaan lilin panas dan membahayakan keselamatan kepada pekerja dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika ditemui di PDK Lenggong di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya penggunaan mould yang menggunakan lilin, api dan air panas untuk mencetak motif batik masih digunakan kerana ia lebih cepat.

“Teknik terbaharu penggunaan tanah liat dibancuh dengan air dan gam dijangka akan dapat menghasilkan produk batik yang pertama untuk dipasarkan pada bulan depan,” katanya.

Beliau yang bertugas di PDK itu sejak 12 tahun lepas berkata kebanyakan OKU yang dilatih di sini membabitkan OKU Sindrom Down, cacat pendengaran dan pertuturan dan pihaknya melatih golongan berkenaan supaya mereka dapat menguruskan diri sendiri sekali gus menjana pendapatan dan ekonomi.

‘’Walaupun kraftangan batik baru dimulakan setahun lepas, produk dihasilkan di sini boleh memberikan pendapatan sampingan kepada golongan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras PDK Perak Zamri Mat Said berkata sebanyak 14 orang golongan OKU dilatih di PDK berkenaan supaya dapat menghasilkan produk sebagai sumber pendapatan mereka sendiri.

Beliau berkata anak-anak istimewa mempunyai potensi cerah apabila dilatih dan diberikan bimbingan untuk memajukan kraftangan batik maka setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seharusnya memberikan sokongan dan dorongan bagi membolehkan mereka mendapat latihan kemahiran demi masa depan mereka.

“PDK Lenggong antara yang aktif menghasilkan produk berasaskan batik seperti baju, baju-T, kurta, tudung, Kurung Kedah dan tengkolok yang turut dijual secara dalam talian serta mendapat permintaan  menggalakkan,” katanya.

PDK itu menjual baju batik pada harga RM25 hingga RM120 manakala tengkolok RM70 hingga RM180.

Zamri berkata Perak mempunyai 41 PDK di 12 Daerah dan PDK paling banyak terdapat di Daerah Larut Matang dan Selama iaitu tujuh PDK.

Katanya, sambutan dalam kalangan masyarakat terhadap PDK amat menggalakkan dan pihaknya akan menubuhkan beberapa lagi PDK jika mendapat permintaan masyarakat. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN