web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID - Brunei Rekod 42 Kes Baharu Pada Isnin

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Aug 2021 10:14AM

Seorang lelaki memakai pelitup muka susulan kebimbangan penularan COVID-19 di Brunei. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Brunei merekodkan 42 kes COVID-19 yang baharu semalam dan ini merupakan jumlah rekod bagi kes harian koronavirus yang dicatatkan negara itu ekoran pengesanan kes tempatan pertamanya dalam tempoh 15 bulan.

Brunei melaksanakan peraturan kuarantin yang ketat terhadap pelawat yang melakukan perjalanan ke negara itu dan melaporkan 406 kes jangkitan sejak pandemik itu bermula. Satu kelompok daripada penularan semasa terkait dengan sebuah pusat kuarantin yang ditempatkan di hotel, menurut Menteri Kesihatan Mohd Isham Jaafar.

"Berbanding penularan tahun lalu, kita tidak tahu sumber banyak kes," ujarnya di satu sidang media semalam.

Menurut beliau, penularan itu menyebabkan pusat-pusat kuarantin lebih pantas dipenuhi. Pihak berkuasa juga menyiasat kemungkinan berlaku rentas sempadan secara haram antara Brunei dengan Malaysia yang mencetuskan kes jangkitan terkini, tambahnya.

"Kami tahu bahawa rantaian paling lemah adalah laluan penyeludupan dan pekerja barisan hadapan dari lapangan terbang ke hotel," ujar beliau.

Pada hujung minggu, Mohd Isham berkata sampel-sampel yang diambil daripada orang terjangkit sudahpun dihantar ke Singapura untuk menguji bagi varian Delta yang amat mudah berjangkit.

Pada Sabtu, Brunei melaporkan tujuh kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat iaitu yang pertama seumpamnya sejak Mei 2020.

Ia dengan serta-merta menguatkuasakan semula sekatan pergerakan yang ketat termasuk larangan ke atas banyak perhimpunan awam. Sekolah, masjid dan perniagaan tidak penting juga ditutup.

Sekitar 33 peratus daripada keseluruhan 450,000 penduduk negara itu sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menurut data kerajaan yang diterbitkan pada Ahad. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar