web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Semarak Sukan Gusti Lengan Di Brunei

Dengan hanya memberikan fokus kepada genggaman tangan, siku dan otot lengan, ramai enggan mencubanya kerana membayangkan ianya berbahaya.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukan gusti lengan atau arm wrestling dahulunya dianggap sesuatu yang asing yang hanya diminati sebilangan individu kerana beranggapan ianya  memerlukan kekuatan fizikal selain akan mengundang kecederaan sekiranya tersilap langkah. 

Dengan hanya memberikan fokus kepada genggaman tangan, siku dan otot lengan, ramai enggan mencubanya kerana membayangkan ianya berbahaya dan akan memberikan kesan kesakitan yang lama.

Namun bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Selepas giat mengadakan beberapa anjuran perlawanan, sukan ini kian diminati dan diterima masyarakat. Ianya turut dimainkan oleh sesiapa sahaja termasuklah wanita dan kanak-kanak asalkan memahami teknik permainan.

Di negara Brunei Darussalam, gusti lengan bukanlah sukan yang baru, namun setelah penubuhan Persatuan Gusti Lengan Brunei pada penghujung tahun 2017, semakin ramai orang yang tertarik dengan sukan ini.

Gusti lengan dimainkan oleh dua orang pemain yang akan berlawan sama ada pada posisi kiri atau kanan. Mereka dikehendaki untuk mengikut arahan pengadil seperti kedudukan siku di atas meja-- iaitu pada alas ukuran 7 x 7 inci dengan siku tidak boleh keluar daripada alas.

Sekiranya terkeluar pemain akan diberi amaran pertama dan kali kedua akan dikira kalah dalam pertandingan. Manakala kedudukan bahu pemain harus lurus mengikut meja sebelum dimulakan perlawanan dengan muka saling berpandangan.

Beberapa peraturan juga turut terkandung dalam memainkan sukan ini antaranya, permainan menggunakan format kalah mati iaitu pemain yang kalah untuk kali kedua akan terkeluar daripada pertandingan dan pemain yang menang akan mara ke pusingan seterusnya.

Dalam pertandingan hanya boleh menggunakan tangan kanan sahaja. Dan setiap pemain tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan pada tangan seperti jam, cincin dan sebagainya.

Dalam temu bual bersama Pengiran Haji Mohammad Yusren bin Pengiran Haji Mohammad Daud, Presiden Gusti Lengan Brunei Darussalam, dia berkata dia mula meminati sukan tersebut ketika masih di bangku sekolah lagi.

Pengiran Haji Mohammad Yusren bin Pengiran Haji Mohammad Daud, Presiden Gusti Lengan Brunei Darussalam
Pengiran Haji Mohammad Yusren bin Pengiran Haji Mohammad Daud, Presiden Gusti Lengan Brunei Darussalam

Menurutnya rancangan televisyen yang menyiarkan rancangan gusti lengan membina minatnya pada sukan tersebut sekali gus berniat untuk menubuhkan satu persatuan.

“Alhamdulillah, walaupun sukan ini masih dalam peringkat membangun, namun ianya sangat diterima ramai dan ada juga yang ingin mempelajari sukan ini dengan lebih mendalam.

Memandangkan penularan wabak COVID-19 melanda dunia tidak terkecuali Brunei Darussalam, perlawanan atau latihan terpaksa ditunda buat sementara. Namun ia tidak mematahkan semangat para ahli untuk berlatih secara persendirian.’’

Mempunyai lebih 90 orang ahli dalam persatuan, sebilangan mereka pernah turut menyertai beberapa perlawanan luar negara antaranya di Kuching Sarawak dan Sabah.

Para pemain juga berlatih menggunakan peralatan-peralatan gimnasium dan juga body weight training untuk mengekalkan kekuatan tubuh serta stamina.

“Insya-Allah, kita akan berusaha untuk membangunkan dan memajukan lagi sukan gusti lengan di Brunei Darussalam dan menarik lebih ramai orang untuk menceburinya, sekali gus membawa sukan ini sehingga mencapai ke arena antarabangsa.’’ - Getaran, 22 Ogos 2021


Semua gambar: Persatuan Gusti Lengan Brunei

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad