web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPAJ Naik Taraf Kepada Bandar Raya 3 Tahun Lagi - Amirudin

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:00PM

Amirudin Shari - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan pendapatan dan hasil MPAJ dapat ditingkatkan bagi membolehkan untuk mengurus sebuah bandar raya kelak.

“Ampang Jaya merupakan kawasan yang berada di antara Kuala Lumpur dan beberapa lokalitinya yang boleh dianggap sedikit jauh dari kawasan kemajuan dalam negara, tetapi saya percaya Ampang Jaya merupakan kawasan penempatan yang sudah lama terbentuk dengan pembentukan bandar dan bandar raya di kawasan sekitarnya.

Berdasarkan keadaan fasiliti, kemudahan dan sebagainya, Ampang Jaya sebenarnya sudah layak menjadi bandar raya tetapi kita kena pastikan MPAJ mempunyai hasil yang mencukupi atau mampu untuk menguruskan sebuah bandar raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada acara pelepasan peserta Larian Malam Ampang Jaya 2023 anjuran MPAJ dekat sini, malam semalam.

Dalam pada itu, Amirudin berkata kerajaan negeri juga sedang merangka satu pelan khusus bagi memastikan kelestarian pembangunan di kawasan Ampang Jaya khususnya yang bersempadan dengan Kuala Lumpur.

“Ini bagi memastikan kualiti antara kedua-dua lokaliti ini tidak jauh sangat walaupun Ampang Jaya masih lagi sebuah perbandaran manakala Kuala Lumpur sudah berstatus bandar raya,” katanya.

Pada program Larian Malam Ampang Jaya 2023 malam ini, seramai 2,100 peserta mengambil bahagian yang diadakan di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah bersempena ulang tahun MPAJ ke-31 pada 1 Julai lepas. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad