web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TNB, Indonesia Meterai Perjanjian Import Arang Batu Bernilai US$3 Bilion

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 5:02PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani perjanjian import arang batu dengan pengeksport Indonesia yang melibatkan nilai berjumlah US$3 bilion (US$1=RM4.37) bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perjanjian itu bertujuan menjamin bekalan arang batu yang mencukupi selain memastikan pembekalan tenaga oleh TNB tidak terjejas.

Menurutnya, nilai kontrak terbabit telah meningkat daripada US$2.3 bilion pada tahun lepas berikutan kenaikan mendadak harga bahan berkenaan.

"Pada awal Januari tahun ini, kerajaan Indonesia telah mengumumkan untuk menghentikan sementara eksport arang batu bagi memenuhi permintaan domestiknya sedangkan kira-kira 65 peratus arang batu yang diperlukan TNB diimport dari sana.

"Namun, pada minggu lepas, saya dan pengurusan tertinggi TNB telah ke Indonesia untuk berjumpa dengan pengeksport arang batu. Kita berjaya menandatangani perjanjian selama tiga tahun itu kerana mempunyai hubungan baik dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Menara TNB Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mengulas selanjutnya, Takiyuddin berkata selain Indonesia yang merupakan pengimport terbesar arang batu, TNB turut mendapatkan bekalan bahan itu dari Rusia dan Afrika Selatan.

Menurutnya, TNB yang sedang berusaha mengurangkan kebergantungan terhadap arang batu, kini dalam proses peralihan secara berperingkat termasuk menggunakan tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro selain meninjau penggunaan hidrogen.

"Ini adalah sebahagian daripada pelan tindakan TNB untuk memastikan bekalan elektrik negara stabil, berdaya harap, berpatutan serta tidak membebankan rakyat.

“Setakat ini, pengguna-pengguna elektrik di negara ini menikmati bayaran bil cukup stabil kerana kerajaan masih memberi rebat dua sen bagi setiap kilowatt jam berbanding negara lain yang mengenakan bayaran surcaj," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Takiyuddin berkata usaha berterusan TNB dalam memodenkan grid nasional telah membawa kejayaan apabila Sistem Indeks Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) negara berkurangan daripada 150 minit pada 2002 kepada 45.25 minit pada 2021. 

Malah, katanya, penambahbaikan tersebut turut menjadikan grid elektrik Malaysia sebagai antara yang terbaik di rantau ini selain meletakkan TNB setanding dengan negara-negara maju.

Pencapaian berkenaan disumbangkan oleh margin rizab penjanaan yang tinggi serta sistem grid yang berdaya harap, katanya. 

"Jaringan talian penghantaran ini juga membolehkan tenaga dibekalkan ke semua pusat beban dengan lancar dan seterusnya mengurangkan risiko berlakunya kejadian bekalan terputus,” kata beliau. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad