Berita Terkini

1 jam yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 1 jam yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 1 jam yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 1 jam yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 1 jam yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Tekun POS-preneur Jana Pendapatan Menerusi Penghantaran Barang - Muhyiddin

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 9:51PM

Bantuan pembiayaan diberikan untuk baik pulih kenderaan dan pembelian van atau lori. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkenalkan program TEKUN POS-preneur di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu pembiayaan mikro kredit untuk menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan pembiayaan menerusi TEKUN Nasional itu diberikan sehingga RM20,000 bagi tujuan baik pulih kenderaan dan sehingga RM50,000 untuk pembelian van atau lori.

“Kerajaan yang prihatin dengan situasi mencabar, telah bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp,” katanya ketika mengumumkan inisiatif PEMERKASA yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial pada Rabu.

Menurut perdana menteri, jumlah tersebut merupakan penambahan kepada peruntukan berjumlah RM1 billion bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini.

Menjelaskan selanjutnya, Muhyiddin berkata program TEKUN Mobilepreneur akan diperluas untuk merangkumi pembiayaan baik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga RM10,000.

“Bagi melengkapkan inisiatif itu, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember, 2021,” katanya.

Perdana menteri berkata, TEKUN Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak RM60 juta, terutama bagi Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga RM5,000 untuk perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah, pasar malam dan pasar tamu.

Di bawah BSN, Muhyiddin berkata dana sebanyak RM300 juta akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000 yang mana kadar faedah telah dikurangkan daripada 3.5 peratus kepada tiga peratus.

“Tempoh pinjaman adalah selama lima tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam,” kata beliau.

Menurut beliau, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan melalui MARA dengan keutamaan untuk membantu 1,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan masing-masing.

“Sebanyak RM50 juta disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga RM50,000 pada kadar faedah serendah tiga peratus,” katanya.

SME Corp pula menyediakan RM50 juta untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga RM250,000 pada kadar faedah tiga peratus, kata beliau.

Selain itu, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kerajaan komited untuk memulihkan semula sektor ekonomi terkesan melalui pelaksanaan segera projek pembangunan, penyediaan insentif penggajian serta pemberian insentif percukaian dan kemudahan pembiayaan mikro kredit.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan menambah peruntukan projek berskala kecil bagi 2021 daripada RM2.5 bilion kepada RM5 bilion bagi merancakkan aktiviti projek-projek tersebut di peringkat akar umbi.

“Antara jenis projek kecil yang akan dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 hingga G4 ialah pembaikan infrastruktur dan fasiliti awam yang rosak akibat banjir, pembaikan jalan, program ameniti sosial, baik pulih perumahan berstrata termasuk penggantian lif di perumahan awam, serta pembinaan gerai di kawasan PBT,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata kerajaan akan memudahkan tatacara perolehan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek dan pada masa yang sama kerja-kerja kecil bagi kontraktor tempatan akan dikhususkan kepada negeri dan daerah berkenaan.

Geran Khas Prihatin atau GKP 3.0  juga akan diteruskan yang mana setiap perusahaan mikro dan PKS yang layak akan menerima bantuan ‘one-off’ atau sekali gus sebanyak RM1,000.

"Permohonan akan dibuka mulai 1 April ini bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini dan dijangka memberi manfaat kepada lebih sejuta usahawan,” kata beliau. - Bernama

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

3

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Roger Ng Mohon Pindah Ke Penjara Selebriti AS, Dakwa Alami PTSD

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Perlis Wajibkan Penceramah Agama Islam Dapat Tauliah Mengajar, Jika Tidak…

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kelewatan Komuter Lembah Klang Bersifat Sementara, Bukan Kurang Popular - Loke

Semasa 2 jam yang lalu

Agong Nasihat Umat Islam Elak Bazir Makanan Di Bulan Ramadan