web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hidup Cuma Seketika, Ciptalah Memori Sebanyak Mungkin

Hidup kita cuma seketika. Tak siapa pun tahu bila kita akan kembali ke rahmatullah. Jadi ciptalah memori sebanyak mungkin bersama orang yang disayangi.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Feb 2022 1:09PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak Bumi dihuni wabak COVID-19, kita telah menyaksikan ramai orang tersayang dan tercinta pergi terlebih dahulu daripada kita akibat dijangkiti wabak berbahaya berkenaan.

Bahkan kenalan akrab penulis juga pergi menghadap Ilahi kerana COVID-19.

Hari bersilih ganti, kita hidup dalam persekitaran norma baharu hampir dua tahun.

Sepanjang tempoh itu juga, hanya berapa kali sahaja dapat kita berjumpa dengan orang tersayang, termasuklah ahli keluarga sendiri.

Penulis dan teman akrab yang meninggal dunia ini begitulah. Hanya mampu berjumpa pada Hari Raya atau kebetulan ditakdirkan berjumpa tanpa rencana.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan segala prosedur operasi standard (SOP) norma baharu memang mengekang perjumpaan.

Benar jaringan internet dan pertemuan maya menjadi alternatif. Tapi anda tentu bersetuju dengan penulis, kita tetap merindukan pertemuan empat mata bukan? Tambah pula dengan suasana gelak tawa kawan-kawan yang happy go lucky.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Walaupun kita perlu mengikut SOP ketika di luar, tidak mengapalah, asalkan dapat berjumpa dengan syarat masing-masing tidak ada sejarah kontak rapat dalam tempoh 14 hari lalu.

Sehubungan itu, sedikit berat dan emosi untuk penulis berkongsi sebuah perkhabaran baik. Pada bulan Disember tahun lalu, penulis sudah memulakan hidup baharu di Ipoh, Perak. Rezeki berada di sana, Alhamdulillah.

Sebab itu, penulis sedaya upaya cuba untuk berjumpa dan meluangkan waktu dengan orang yang terdekat dan disayangi sebelum berpindah. Dan selepas berpindah, penulis cuba menyempatkan diri untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sejujurnya penulis terasa seperti harus melangkah dan meninggalkan segalanya, termasuklah keluarga dan rakan-rakan karib.

Atau mungkin juga penulis terpukul dengan perkhabaran duka saat orang yang disayangi meninggal dunia dalam sekelip mata sahaja.

Pengajarannya, cubalah kita semua hargai masa yang ada walau cuma sekejap saja sambil menghirup secangkir kopi selagi nyawa di kandung badan.

Dakap erat penuh kasih sayang, bicara yang baik-baik meski masing-masing ada 'gila-gila' tersendiri.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Tidak mengapa, tawa riang itulah yang akan menjadi pengubat rindu dan kenangan paling indah dalam hidup bila mana sahabat atau orang yang disayangi itu sudah tiada kelak.

Ambillah gambar atau video sampai memori penuh! Gunakan segala ‘cloud storage’ atau wadah penstoran yang ada!

Jika kenangan yang dibidik atau rakaman video tidak mahu dikongsi di media sosial, cukup sekadar untuk simpanan peribadi.

Sedarlah wahai kalian, jangan cepat merasa rimas dengan orang yang sayangkan kita andai mereka gemar mengambil gambar dan video. Kerana kelak saat mereka tiada, kita tidak akan mungkin mampu menggamit memori paling indah bersama mereka.

Penulis bersyukur setakat artikel ini ditulis, penulis masih dapat menghabiskan waktu berkualiti  bersama beberapa rakan kenalan yang akrab dan orang yang disayangi.

Justeru itu, andai hari esok masih ada, pergilah dan luangkan masa, cipta memori sebanyak mungkin.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Tidak mustahil, musibah mendatang mungkin lebih mencabar dan lebih buruk. Waktu itu usahlah kita tangisi keadaan yang menyebabkan frasa alasan 'tiada masa sebab sibuk' menjadi kenyataan.

Yang pernah mengenali dan menjadi kenalan dengan penulis, terima kasih untuk masa yang pernah ada walau cuma seketika. - Getaran, 13 Februari 2022

Isu Pada

Rahsia Seni Halus Busur Panah

12 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini