web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKPD Bermula Hari Ini, Orang Ramai Buat Persiapan

Video & Galeri Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 9:12AM

Orang ramai beratur untuk membuat bayaran selepas membuat pembelian susulan pelaksanaan PKPD yang bermula hari ini di Selangor dan Kuala Lumpur. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula tengah malam tadi sehingga 16 Julai depan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan ke atas 14 lokaliti di Kuala Lumpur dan lapan daerah melibatkan 34 mukim di Selangor.

Ia merupakan langkah drastik yang diambil oleh kerajaan selepas jumlah kes COVID-19 meningkat setiap hari meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) telah dilaksanakan selama sebulan.

Menerusi PKPD ini, beberapa ketetapan telah dilaksanakan dan perlu dipatuhi orang ramai, termasuk perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi, hanya seorang wakil isi rumah dibenarkan untuk membeli barangan keperluan, semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak dibenarkan dan taman-taman awam ditutup, sebarang majis rasmi dan tidak rasmi tidak dibenarkan manakala pengangkutan awam hanya akan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang.

Seperti kebiasaannya, memandangkan hari ini bermulanya PKPD, maka semalam, orang ramai mula membanjiri pasaraya untuk membeli barang keperluan.

Tinjauan jurufoto Getaran, Sadiq Asyraf di pasaraya sekitar Lembah Klang mendapati orang ramai masih menjaga SOP dan pembelian juga dijalankan secara teratur. 

Pembelian barang keperluan harian dilakukan dalam keadaan teratur dan masih mengekalkan SOP.
Pembelian barang keperluan harian dilakukan dalam keadaan teratur dan masih mengekalkan SOP.
Orang ramai beratur untuk membuat pembayaran di kaunter.
Orang ramai beratur untuk membuat pembayaran di kaunter.
Bekalan bahan mentah merupakan antara yang menjadi tumpuan di pasaraya.
Bekalan bahan mentah merupakan antara yang menjadi tumpuan di pasaraya.
Kebanyakan barang-barang telah habis dibeli oleh pembeli susulan PKPD yang dilaksanakan bermula hari ini hingga 16 Julai depan.
Kebanyakan barang-barang telah habis dibeli oleh pembeli susulan PKPD yang dilaksanakan bermula hari ini hingga 16 Julai depan.
Orang ramai berbaris panjang untuk membuat pembayaran di kaunter selepas membeli barang keperluan harian.
Orang ramai berbaris panjang untuk membuat pembayaran di kaunter selepas membeli barang keperluan harian.
Seorang pelanggan membeli barang-barang keperluan harian di sebuah pasaraya di Lembah Klang.
Seorang pelanggan membeli barang-barang keperluan harian di sebuah pasaraya di Lembah Klang.
PKPD dilaksanakan di lapan daerah dalam Selangor membabitkan 34 mukim dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur.
PKPD dilaksanakan di lapan daerah dalam Selangor membabitkan 34 mukim dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 21 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad