web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gaduh: 7 Pelajar Sekolah Menengah Ditahan Selepas Video Tular

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2026 1:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes serangan terhadap seorang pelajar perempuan selepas rakaman insiden itu tular di media sosial.

Penahanan tersebut dilakukan kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu, melibatkan enam pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Menurut polis, pelajar lelaki terbabit dipercayai bertindak sebagai individu yang merakam keseluruhan kejadian, sebelum video tersebut tersebar luas di platform media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, kesemua remaja berkenaan ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

“Pelajar lelaki yang ditahan dipercayai merakam keseluruhan kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah.

Kes berkenaan mula mendapat perhatian umum selepas mangsa membuat laporan polis, sehari selepas kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 8 pagi pada 22 Mei lalu.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa diserang lima pelajar perempuan sehingga mengalami lebam pada kedua-dua bahu dan kaki, kecederaan pada telinga kiri serta luka ringan pada lutut kiri.

Polis turut mendapati semua pelajar yang terlibat dipercayai saling mengenali dan berhubung melalui sebuah kumpulan WhatsApp dikenali sebagai “Angel” sebelum kejadian berlaku.

Penularan video serangan tersebut sekali lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap isu keganasan di sekolah, buli siber serta pengaruh media sosial dalam memperluaskan perlakuan jenayah melibatkan golongan remaja.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan motif kejadian dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Video kejadian yang dimuat naik Malay Mail boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/1cXMA5eBSD/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 29 Mei 2026

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin