web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Treler Antara 3 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Awal Pagi 

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 10:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga kenderaan termasuk sebuah treler, terbakar dalam satu kemalangan di bawah jejambat Udini, Jalan Masjid Negeri di Jelutong, Pulau Pinang pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan berkenaan.

Selain treler, sebuah kereta dan sebuah van pelancong turut musnah dalam insiden tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikejarkan ke lokasi.

Menurut beliau, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 7.26 pagi, kira-kira enam kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan di bawah jejambat Udini akibat kemalangan. Mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti.

“Operasi berjaya dikawal pada jam 7.33 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan bahawa mereka telah mengerahkan warden trafik ke lokasi bagi mengawal lalu lintas. 

Rakaman video kebakaran boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/share/r/1KnuJYLdea/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 15 Mei 2026

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

oleh Sophia Ahmad