web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Tercekik Nyaris Maut, Jururawat Tampil Selamatkan Nyawa

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2026 1:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suasana tenang waktu pagi di kafe Pantai Hospital Ipoh, Perak bertukar sebaliknya apabila seorang wanita tiba-tiba tercekik dan mengalami kesukaran bernafas, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai. 

Namun, situasi mencemaskan itu berjaya dikawal hasil tindakan pantas dan berani seorang jururawat yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurut hantaran media sosial yang dimuat naik pihak hospital, jururawat berkenaan, dikenali sebagai Siti Maisyura, baru sahaja menamatkan syif malamnya dan sedang menunggu temujanji susulan anaknya berhampiran kafe tersebut ketika insiden berlaku.

Ketika mangsa tercekik, ahli keluarganya dilihat cemas dan berusaha mendapatkan bantuan, tetapi keadaan wanita terbabit semakin kritikal dari detik ke detik.

Tanpa berlengah, Maisyura segera tampil membantu.

Berbekalkan latihan serta pengalaman dimiliki, dia dengan tenang melakukan gerakan Heimlich terhadap mangsa bagi mengeluarkan makanan yang menyekat saluran pernafasan wanita terlibat.

Beberapa saat kemudian, halangan itu berjaya dikeluarkan dan mangsa kembali bernafas seperti biasa.

Mengulas kejadian berkenaan, pihak hospital menyifatkan tindakan Maisyura sebagai sesuatu yang melangkaui tanggungjawab profesional seorang jururawat.

“Dalam saat genting itu, dia bukan sekadar seorang jururawat, tetapi juga penyelamat nyawa,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak hospital berkata, tindakannya mencerminkan semangat sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2026 yang membawa tema “Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives”.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya memuji kecekapan, keberanian dan sifat prihatin yang ditunjukkan Maisyura.

Malah, ramai turut tersentuh apabila melihat dia bergegas membantu tanpa berfikir panjang, termasuk sanggup meninggalkan barangan peribadi demi menyelamatkan mangsa.

Video aksi menyentuh hati Maisyura itu boleh dilayari di pautan https://www.facebook.com/reel/1537307281167740 - Getaran, 14 Mei 2026

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 10 jam yang lalu

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

oleh Sophia Ahmad