web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menangis Di Kerusi Roda, Bekas Atlet Paralimpik Raih Simpati Ramai 

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2026 3:33PM

Tangkap layar video yang memaparkan Koh Lee Peng menangis di kawasan awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ketika dulu, beliau pernah mengharumkan nama negara menerusi sumbangan sebagai atlet renang paralimpik. 

Kini, dia hanya sekadar menjual tisu dari atas kerusi roda di kawasan tumpuan ramai.

Koh Lee Peng, baru-baru ini mencetus kebimbangan dan simpati ramai apabila dilihat menangis sewaktu mencari rezeki berhampiran pusat beli belah mewah Pavillion Bukit Bintang.

Menerusi satu video yang dikongsi di Facebook, Lee Peng dilihat berada dalam keadaan penuh emosi.

Menurut hantaran tersebut, beliau dikatakan telah menjual tisu di luar pusat beli-belah itu sejak beberapa waktu lalu sebagai usaha menyara kehidupannya.

Hantaran sama turut menyorot latar belakang beliau sebagai bekas atlet negara yang pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan serantau termasuk ASEAN Para Games, selain dilaporkan meraih beberapa pingat sepanjang kerjayanya.

Difahamkan, selepas bersara daripada arena sukan kompetitif, beliau berdepan cabaran kewangan dan masalah peribadi.

Di ruangan komen, ramai meluahkan kebimbangan terhadap keadaan emosi bekas atlef itu, dengan sesetengah pengguna berpendapat beliau mungkin terlalu tertekan sehingga mengalami gangguan emosi di tempat awam.

“Tiada siapa tiba-tiba menangis di jalanan melainkan mereka benar-benar tertekan. Apa yang berlaku sehingga dia jadi begini? Dia sebelum ini seorang yang kuat,” tulis seorang pengguna media sosial.

Sementara itu, terdapat juga dakwaan bahawa kerusi roda bermotor miliknya rosak selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan, namun perkara tersebut masih belum dapat disahkan.

Insiden berkenaan turut mencetuskan perbincangan dalam talian mengenai usaha membantu bekas atlet itu, termasuk cadangan mengumpul dana bagi membaiki atau menggantikan kerusi rodanya sekiranya perlu. 

Rakaman video terbabit dapat ditonton menerusi pautan ini: https://www.facebook.com/reel/1503492408073277 — Getaran 12 Mei 2026

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 18 jam yang lalu

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

oleh Sophia Ahmad