web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Faisal Halim Dinobat Gol Terbaik Piala Asia 2023

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:04PM

Tangkap layar ketika Faisal meledakkan jaring Korea Selatan. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun Harimau Malaya tidak melepasi peringkat Kumpulan E pada Piala Asia 2023 di Qatar, gol yang diledakkan pemain sayap negara, Faisal Halim, mengubat duka apabila ia terpilih sebagai gol terbaik kejohanan.

Gol Faisal di Stadium AlJanoub disenaraikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersama-sama tujuh lagi gol untuk pengundian gol terbaik kejohanan.

Ternyata, gol dihasilkan Faisal yang dilihat berjaya mengelirukan barisan pertahanan dan penjaga gol Korea sehingga menghasilkan gol itu meraih undian terbanyak.

Selepas undian ditutup pada awal pagi tadi, ternyata tuah menyebelahi Faisal apabila gol yang dihasilkannya memperoleh sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).

Undian itu juga menyaksikan tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian. – Getaran, 26 Februari 2024

@getaranmy Gol pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim telah dinobatkan sebagai gol terbaik pada kempen Piala Asia tahun ini apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin. Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus). Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #faisalhalim #harimaumalaya #malaysia #golterbaik #pialaasia #asiancup ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

oleh Sophia Ahmad