Namanya pernah meniti bibir penggiat seni sehingga menjadi rebutan artis terkemuka negara termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Jacklyn Victor dan Fauziah Latiff.
Namun, hidup sememangnya umpama roda apabila Ross Ariffin, seorang komposer yang terkenal sebelum ini, ditimpa malang sehingga menjadi gelendangan selama tiga tahun.
Nasib Ross Ariffin bagaimanapun berubah apabila kesusahannya mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang kemudian tampil membantu sehingga beliau mendapat bantuan perumahan.
Dalam satu video yang tular, kelihatan Ross Ariffin masih lagi berupaya memainkan piano biarpun beliau pernah mengalami serangan strok sebelum ini.
Ternyata permata yang malap masih boleh digilap untuk gemilang semula. – Getaran, 12 Februari 2024
@getaranmy Nasib Komposer Ross Ariffin atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil yang ditemui hidup melarat sebagai gelandangan akhirnya ternoktah selepas beroleh bantuan kerajaan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Ross yang berjaya ditemui di Melaka telah diberikan sebuah unit Program Penempatan Rakyat (PPR). Menurut beliau, unit berkenaan diperoleh hasil bantuan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa. “Semasa melangkah masuk rumah PPR baharu, Ross macam tak percaya dia akhirnya mempunyai sebuah rumah sendiri untuk diduduki selepas tiga tahun menjadi gelandangan. “Saya juga berbincang dengan pihak RTM supaya Ross dapat bekerjasama dalam penciptaan lagu baharu bersama RTM supaya dia dapat bangkit semula,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Baca artikel penuh di getaran.my. Video & Gambar: Fahmi Fadzil #getaranmy #semasa #viral ♬ Very Sad - Enchan