web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aktivis ‘Serang’ Mona Lisa Di Lourve

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:52AM

Tangkap layar dua aktivis melempar sup labu ke arah lukisan Mona Lisa. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lukisan terkenal oleh Leonardo da Vinci, Mona Lisa, yang terkenal dengan keunikannya, menjadi mangsa serangan dua aktivis pagi semalam, waktu tempatan.

Sejurus melemparkan sup labu pada lukisan berusia lebih 500 tahun itu, kedua-dua wanita terbabit melaungkan kata-kata “Apa perkara lebih penting? Seni, atau hak terhadap makanan yang sihat dan mampan?” serta “Sistem perladangan kita sakit. Petani kita menderita”.

Mereka dipercayai bertindak demikian sebagai tanda protes dengan apa yang menimpa sektor pertanian di Perancis yang kini berdepan krisis kenaikan harga bahan api dan perubahan peraturan yang memberi kesan besar kepada petani negara itu.

Mujur lukisan berkenaan yang dipamerkan di Muzium Lourve, Paris, dilindungi gelas kali peluru, yang melindunginya daripada sebarang serangan, termasuk sup labu berkenaan.

Lukisan berkenaan dipamerkan dengan perlindungan sedemikian selepas kali pertama ia diserang dengan menggunakan asid pada 1950an.

Selepas kejadian itu pihak berkuasa mempamerkannya di belakang gelas sebelum menggunakan gelas kalis peluru sejak 2005 hingga kini. – Getaran, 29 Januari 2024

@getaranmy Kejadian yang tidak disangka itu berlaku di Muzium Lourve, Paris di mana potret Mona Lisa itu terletak dan ia berlaku pada pagi Ahad. #getaranmy #getaran #berita #terkini #viral #trending #semasa #monalisa #paris ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 22 jam yang lalu

Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

oleh Sophia Ahmad