Tindakan seorang pemandu kereta menampar seorang penunggang motosikal mengundang kecaman netizen selepas rakaman papan pemuka membabitkan kejadian berkenaan, tular.
Tidak diketahui apa yang berlaku sebelum itu, namun dalam rakaman berkenaan, kelihatan pemandu kereta terbabit keluar dari kenderaannya sebelum menampar penunggang motosikal berkenaan, dalam kejadian di Jalan Kemena, Bintulu, Sarawak.
Difahamkan, pemandu kereta terbabit kini sedang dicari pihak polis. – Getaran, 4 Disember 2023
@getaranmy Polis kini buru pemandu kereta putih vios yang viral bertindak agresif terhadap seorang penunggang motorsikal di Jalan Kemena,Bintulu. #getaranmy #trafficacciddent #pdrm #polis #semasa ♬ original sound - Getaran