Satu pergaduhan tercetus sebelum perlawanan bola sepak antara Selangor FC dan Perak FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) petang tadi.
Insiden berkenaan mengakibatkan beberapa penyokong cedera dibelasah, manakala beberapa kenderaan turut mengalami kerosakan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian.
Selangor FC menewaskan Perak FC 4-0 untuk mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super 2023 dengan 55 mata. - Getaran, 25 November 2023
@getaranmy Kejadian berlaku di Stadium MBPJ pada Sabtu. Laporan lanjut akan menyusul. #getaranmy #berita ♬ News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music